Sara Ali memegang watak sebagai Ameera, detektif 'wannabe'.


SEJAK akhir-akhir ini, drama bergenre pembunuhan misteri semakin mendapat tempat di hati penonton seperti antaranya ‘The Maid 2’ mahu pun ‘The Hotel’.

Terbaharu, sebuah lagi drama genre Agathe Christie berjudul, ‘Murder By Moonlight’ bakal menemui penonton yang gemarkan genre seumpama menerusi jenama Astro Originals, bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan siri drama



Bezanya kali ini ia sebuah drama premium  lapan episod tetapi diarahkan oleh gabungan 4 pengarah berbeza iaitu Mien Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. 

Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza. Mien Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. 

Mien Ly juga merupakan salah seorang Penerbit Eksekutif dan cerita asal Murder By Moonlight terbitan Astro Shaw dengan kerjasama produks Iron Hill Media dan Passion Pictures.



“Setiap pengarah perlu tahu memahami kesemua skrip untuk 8 episod walaupun setiap episod adalah daripada pengarah berbeza-beza agar visual dan konten yang cuba dipersembahkan dalam bentuk konsisten,” ujar Mien (gambar atas) ketika ditemui pada majlis pra tonton episod  pertama  ‘Murder By Moonlight’ di sebuah pawagam di Midvalley Megamall baru-baru ini.

Turut hadir barisan pelakonnya yang terdiri daripada pelbagai latar sepertii Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan

"Harapan saya penonton berpuas hati dengan kualiti 'Murder By Moonlight' dan terima kasih buat penerbit Astro Shaw yang meletakkan kepercayaan kepada kami iaitu orang- orang baru dalam industri untuk mempersembahkan idea kami ke platform yang luas, ”  sambung Mien


Barisan pelakon (dari kiri) Radhi Khalid, Amir, Tiara, Sharifah Amani, Ruzana, Sara, Tiara, Amanda, Brian, Thanuja dan Riz Amin.


Dan apabila sebuah drama diarahkan oleh empat pengarah bagaimana pun pandangan barisan artisnya?

“Rasa pening pun ada bila perlu ikut gaya yang berbeza dari pengarah berlainan,’ begitu ringkas pandangan pelakon utamanya Sara Ali sambil diakui sebahagian besar rakan artis lainnya seperti antaranya Radhi Khalid dan Amanda Ang.

Menurut mereka, walau pun terpaksa berhadapan dengan empat pengarah berbeza untuk sebuah drama di mana masing-masing mempunyai gaya tersendiri sudah tentu mengelirukan namun akhirnya mencapai kata sepakat.


Amanda (berdiri kiri) bersama Radhi Kalid (tiga dari kiri) dan Sara Ali (tengah) serta barisan pelakon lain  termasuk Wan Hanafi Su dan Fatimah Abu Bakar dalam drama 'Murder By Moonlight' di lokasi penggambaran iaitu di Lexis Hibiscus Port Dickson sebagai penaja lokasi. 


“Ada kebaikannya juga di mana kami dapat merasakan gaya berbeza walau pun perlu mengekalkan karakter asal malah ia satu pengalaman yang baharu buat kami,’ jelas Amanda menyambung pandangannya terhadap pengalaman yang ditimba.

Dalam nada seloroh Radhi Khalid mencelah, “Betul, memang pening kepala tetapi selepas dapat belanja teh tarik dan jus buah naga, semua settle disusuli ketawa semua."



Sementara itu, mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad  (gambar atas) percaya genre ini antara yang mempunyai kelompok peminat yang ramai.

“Murder By Moonlight’ tampil kelainan dengan elemen komedi humor dan watak utama digerakkan oleh watak wanita melalui karakter detektif ‘wannabe’ dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”.

“Kami ingin mempersembahkan keluarga Malaysia yang muhibah dari segi skrip, dialog, barisan pelakon dan kombinasi latar kerjaya setiap watak seperti penulis, doktor, pempengaruh dan sebagainya,” jelas Raja Jastina.



Dalam pada itu, Sara Ali yang memegang watak utama sebagai detektif ‘wannabe’ melahirkan penghargaannya diberikan peluang buat julung kalinya memegang watak utama dalam drama.

"Sejak akhir-akhir ini saya melihat Astro sudah terbuka dengan karya-karya yang mengangkat wanita sebagai watak utama dan ini satu perkembangan yang amat dihargai Sudah tentu saya teruja untuk mendengar dan mendapat respons penonton terhadap watak Ameera,” ujar Sara Ali

Apa sebenarnya kisah  ‘Murder By Moonlight’ ini? 

Nak tahu, jangan ketinggalan menyaksikan episod pertama mulai 1 Ogos 2022 ini di Astro Citra. - KitaReporters


8
12
0
18
0

Copy Link: