Video| Bukan main anak aku! Salam boyfriend dulu sebelum masuk kereta! 10 minit tunggu drama! - Ibu

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN rakaman oleh seorang ibu yang menunjukkan gelagat anak perempuannya bersalaman dengan boyfriendnya sebelum balik dari sekolah meraih perhatian orang ramai sehingga menjadi tular dan mencapai lebih 4.2 juta tontonan dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang bernama @azwnrsm, kelihatan seorang budak perempuan berada di kawasan tempat duduk menunggu bas atau kereta di luar pagar sekolah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah-sekolah


Gelagat pelajar perempuan itu bersalaman dengan seorang pelajar lelaki di hadapannya yang dikatakan sebagai boyfriendnya sehingga membuat ibunya tertunggu di dalam kereta menarik perhatian ramai.

“Bukan main anak aku. Salam boyfriend dulu sebelum masuk kereta.

“Mak kau tunggu 10 minit untuk drama ini ya,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi serta terhibur dengan gelagat pelajar-pelajar terbabit susulan perkongsian video tular itu sehingga menarik perhatian pelakon dan usahawan terkenal, Fazura.

“Dah besar nanti tolong tunjuk balik video ini pada dia,” kata @JiHoshi7Jla.

“Cinta terhalang oleh pagar besi sekolah,” tulis @riana.

“Hahaha, comelnya,” ujar pelakon, @Fazura. - KitaReporters


11
10
0
13
0

Copy Link: