.


Penyanyi bertaraf diva, Rossa, 46, akan ‘berehat’ daripada kegiatan seninya sepanjang bulan Ramadan dan pulang ke kampungnya di Sumedang, Jawa Barat sehingga hari raya kedua.

Di Sumedang, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani membuka warung dikenali sebagai Warung Sawios menjual makanan berbuka puasa.

Dia membuka Warung Sawios sejak tahun lalu, 2024. Dan melihat hasil positif tahun lalu mendorong Rossa untuk menerus perniagaan Warung Sawios. 


Rossa turut melayan mesra orang ramai yang ingin membeli juadah berbuka

Tujuannya membuka Warung Sawios bukan untuk mengaut keuntungan. Sebaliknya untuk beramal dengan memberi juadah berbuka berharga murah tetapi berkualiti kepada penduduk.

Juadah dijual pada harga cuma Rp2,000 (kira-kira 55 sen) yang berupa sebekas kotak yang mengandungi nasi, seketul ayam dan sayur. Kebiasaannya ia berharga Rp200,000 (sekitar RM5.50).

Menurut Rossa, dia boleh memberi harga yang ‘super murah’ itu kerana turut menerima sumbangan daripada rakan-rakan perniagaan di Sumedang. 

Dia membeli barang-barang asas untuk berniaga daripada sejumlah peniaga kecil dan ia sedikit sebanyak dapat membantu perniagaan mereka.



Sambutan daripada orang ramai menggalakkan. Ratusan kotak makanan disediakan dan habis dalam tempoh singkat.

Tambah Rossa, dia bukan untuk menjejas rezeki peniaga lain, sebaliknya untuk memberi alternatif bagi orang ramai membeli juadah berbuka pada harga mampu.

Dia turut melayan baik orang ramai yang ingin berfoto atau merakam video bersamanya.

Selain membuka warung, Rossa turut memberi sumbangan barang keperluan dapur kepada penduduk sekitar Sumekang. Dia bersama ‘pasukan’nya berkeliling di beberapa kawasan di Sumedang untuk menyampaikan sumbangan. - KitaReporters


13
6
0
15
0

Copy Link: