Video| Ini bukan cobaan! Ini bukan lakonan! Ini betul-betul! Fikry Ibrahim nikahi bekas pramugari!
Published byIni bukan lakonan! Bukan juga cobaan! Ini betul-betul! Pelakon dan pengacara bersama Melodi, TV3 Fikry Ibrahim, 31, mengakhiri zaman bujangnya pada Rabu, 12 Februari 2024. Pemilik nama penuh Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim memilih Khalizah Alihan iaitu bekas pramugari sebagai pasangan hidupnya.
Majlis akad nikah berlangsung di sebuah masjid di kampung halamannya di Jitra, Kedah. Ia diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan rapat.
Dalam Instagramnya beberapa kenalan memberi ucapan tahniah.
Namun berita dalam beberapa media termasuk beberapa video yang dipamer beberapa media sosial mengesahkan Fikry benar-benar bernikah.
Fikry yang lahir pada 16 April 1994 memulakan kerjaya seni dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 di Astro Warna. Selepas Lawak Solo 2016 berakhir, Fikry melangkah ke bidang lakonan dan pengacaraan.
Drama pertamanya ialah ‘Seorang Cinderella’ dalam Astro Ria pada 2017. Sementara filem pertama lakonannya ialah ‘Rahsia’ pada 2023. Nama Fickry tidak begitu menonjol sebagai pelakon.
Namun namanya kembali mendapat perhatian setelah menjadi pengacara bersama Ain Edruce dalam program ‘Melodi’ TV3 sejak akhir 2024. - KitaReporters
f