Biarkan! Biar gabungkan Achey dan penyanyi cilik Tantari! Persis ayah dan anak! Kembar, sama botak!

Published by
KitaReporters


Achey dan Tantari.


Melihat pada foto kulit album ini, sekali imbas seperti gabungan ayah dan anak waima masing-masing berimej ‘botak’  tetapi kedua-duanya tiada pertalian darah cuma wajah dan gaya yang persis menjalinkan kolaborasi sulung terindah. 

Malah ramai artis dan kenalan Achey melalui platform sosial media dalam Instagram berpendapat sama. 'Kembar' tulis Shuib Sepahtu.



Begitulah yang dapat disaksikan antara penyanyi, pelawak terkenal. Achey Bocey, 38, dan penyanyi cilik yang baharu diperkenal melalui lagu solo pertamanya yang viral, ‘Rindu Hatiku Rindu’, Tantari atau nama sebenarnya, Naufal Zahirul Azahel Mohd Alfian, 7 tahun.

Sebaik dilancarkan pada 15 Februari 2024, ‘Rindu Hatiku Rindu’ ciptaan komposer terkenal Eddie Hamid mencipta fenomena dengan menduduki tangga pertama trending dalam YouTube selama 20 hari berturut-turut, sekali gus meraih lebih daripada 8 juta tontonan.



Terkini, dengan kolaborasi pesilat dan penyanyi cilik ini bersama Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, lagu mereka ‘Biar’ yang dilancarkan pada 30 Ogos 2024 sudah pun mendapat sambutan hebat pendengar di seluruh negara. 

Baru sahaja dimuat naik ke pelantar YouTube pada Jumaat lalu, muzik video rasmi lagu “Biar” sudah pun mencapai kedudukan Top 30 Trending dengan jumlah tontonan melebihi 60,000 dalam masa hanya 3 hari!  

Kerjasama antara kedua-dua artis ini bukan sahaja menggabungkan bakat istimewa mereka tetapi juga menghasilkan satu karya muzik yang luar biasa.

Single “Biar” ditulis sepenuhnya oleh Achey sendiri sama seperti semua lagu hitnya sebelum ini. 

“Menerusi lagu ini, saya dan Tantari cuba menyampaikan pesanan bahawa walaupun kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan, kita perlu menerima hakikat bahawa kekurangan adalah sebahagian daripada kehidupan kita. 

"Melalui lirik-lirik yang mendalam, lagu ini merangkumi aspek kehidupan yang kompleks di mana kesempurnaan bukanlah matlamat yang realistik,” ulas Achey.



Menurutnya, ‘Biar’ mengisahkan mengenai seorang lelaki yang sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam hubungannya tetapi hakikatnya, tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. 

“Saya mahu melalui lagu ini menyokong fahaman bahawa setiap kelemahan dan kekurangan dalam hubungan, sebenarnya, membawa kita lebih dekat kepada pemahaman tentang kebahagiaan yang sejati,” tambah Achey.

Jelasnya lagi, beliau mahu melalui lagu ini menyokong fahaman bahawa setiap kelemahan dan kekurangan dalam hubungan, sebenarnya, membawa kita lebih dekat kepada pemahaman tentang kebahagiaan yang sejati.

Vokal Achey yang penuh emosi dan gaya nyanyian Tantari yang unik digabungkan dengan sempurna, menjadikan lagu “Biar” sebuah karya yang penuh makna dan luar biasa.



Sementara zitu, Tantari menganggap kolaborasi yang terjalin amat bermakna bagi beliau kerana dapat menyanyi bersama seorang penyanyi dan penulis lagu ternama walaupun baru setahun jagung terlibat dalam industri muzik tempatan.

“Tantari seronok dapat jemputan daripada abang Achey untuk menyanyi bersama dalam sebuah lagu. Ramai orang kenal dengan abang Achey. Ramai juga kata yang abang Achey adalah Tantari bila dah besar nanti,” katanya berseloroh.    

Dia juga berterima kasih kepada semua yang menyokong perjalanan kerjaya dia dalam industri muzik tempatan setakat ini.  

"Segala sokongan yang diterima daripada peminat memberi Tantari semangat untuk buat yang terbaik dalam setiap persembahan. Saya banyak belajar daripada abah bagaimana untuk buat persembahan pentas sebab abah juga selalu buat persembahan dalam majlis-majlis kahwin,” katanya.   


 Tantari juga bijak bersilat.


“Saya harap abah dan mak bangga dengan kejayaan Tantari sebagai seorang penyanyi dan saya juga akan ikut nasihat abah untuk belajar baik-baik di sekolah untuk dapat markah tinggi dalam peperiksaan” ujarnya mengakhiri kata.

Bapanya, Mohd Alfian Othman khabarnya adalah sepupu kepada usahawan kosmetik, Dato Seri Alha Alfa malah difahamkan juga  nama anak manja anaknya, Tantari diinspirasikan daripada watak filem pengembaraan fantasi Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee iaitu ‘6 Jahanam’ di mana watak Tantari digambarkan sebagai seorang pejuang yang memperlihat keberanian.

Memang tepat sekali gabungan antara Tantari dan Achey yang juga mengidolakan Tan Sri P. Ramlee. - KitaReporters

15
8
0
14
0

Copy Link: