Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang genap berusia 45 pada 11 Januari 2024 lalu, berharap orang ramai memahami bahawa ‘Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ di Axiata Arena, Bukit Jalil yang dirancang bukan untuk mencari keuntungan sebaliknya ia adalah konsert amal untuk warga Palestin yang amat memerlukan.

Dan konsert itu terpaksa dilangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan kerana hanya tarikh itu terdapat kekosongan dan berharap orang ramai tidak salah faham.



Terdapat sejumlah individu yang tidak bersetuju dengan tarikh itu. Antaranya Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Yayasan Nurjiwa yang dinaungi Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) mengeluarkan kenyataan rasmi selaku penganjur konsert itu.


Menurut Yayasan Nurjiwa, tujuan utama konsert diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin. Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober 2023.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata Datuk K.


Siti Nurhaliza genap 45 tahun pada 11 Januari 2024

Yayasan Nurjiwa juga memaklumkan, pengurusan Perbadanan Stadium Nasional menyatakan, 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada sepanjang tahun 2024. 

Yayasan Nurjiwa sudah membuat tempahan sejak awal 2023 untuk konsert pada Julai 2023.

“Buat pengetahuan semua, kami sudah membuat tempahan stadium sejak awal 2023 lagi namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan.

“Tarikh baharu yang diberikan pihak stadium adalah 9 Mac (2024) namun memahami matlamat utama konsert ini membuatkan Yayasan Nurjiwa mencapai keputusan untuk meneruskannya.

“Sekali lagi kami jelaskan, konsert ini bukan dianjurkan atas keuntungan sebaliknya, untuk rakyat Palestin. Siaran media itu dikeluarkan bagi memberi pencerahan terhadap pihak yang kurang mengerti mengenai matlamat konsert itu.

Mufti Pulau Pinang agar Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac 2024.

Antara yang mendapat reaksi orang ramai ialah teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac 2024. 

Gesaan itu dibuat adalah sebagai menghormati ketibaan bulan penuh kemuliaan Ramadan yang dijangka disambut pada 12 Mac 2024.

Kritikan masyarakat terhadap konsert amal Siti Nurhaliza turut dibidas oleh penyanyi dan pelakon terkenal Awie Wings.

Sejak dibuka untuk jualan, tiket konsert Siti Nurhaliza ini habis terjual dalam tempoh kurang tiga jam, selepas dilancarkan pada 21 Disember 2023.

Dan penyanyi tersohor ini tidak bercadang untuk menambah hari konsert kerana terlalu berdekatan dengan sambutan Ramadan. - KitaReporters


9
16
0
8
0

Copy Link: