Kalau busy, dengar Beezie iRadio! Bakal menyengat! Radio interaktif antarabangsa sepanjang zaman!
Published byNasa Karim pemilik Beezie iRadio
Beezie iRadio bakal menyengat sebagai sebuah radio interaktif yang ditujukan khas untuk mereka yang sibuk dengan tugas harian.
"Apabila tune in ke Beezie iRadio, segala kesibukan, stres dan kerisauan, insya-Allah akan dilupa sebentar. Bak kata orang sekarang Healing Time dalam kesibukan." Inilah janji pemilik Beezie iRadio, Nasaruddin Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Nasa Karim.
Menurut Nasa, radio yang menggabungkan info dan hiburan ini, tidak menggunakan frekuensi dan boleh didengar di seluruh dunia.
Menurutnya lagi, Beezie iRadio ditubuhkan secara tak sengaja, pada kala mencari nama sesuai untuk siaran TikToknya, pada awal tahun 2023.
"Target audience radio ini adalah untuk mereka yang berumur sekitar 30 ke 65 tahun. Tapi bagi mereka berumur 25 ke 35 tahun dan meminati genre muzik pop (balada, rock, R&B, dangdut, etnik,) 70, 80, dan 90 serta 60-an, radio ini juga sesuai untuk mereka," kata Nasa lagi.
Menurut Nasa. lagu-lagu terbaharu juga akan disiarkan. Lagu-lagu yang akan dimainkan adalah dalam pelbagai bahasa. Ini kerana pendengarnya adalah terdiri daripada pendengar antarabangsa.
Radio ini bersiaran 24 jam hanya lagu-lagu sahaja tanpa DJ. Sekarang masih dalam fasa percubaan untuk 14 hari.
Reaksi pendengar
Komen pendengar
Nasa memberitahu dalam masa 14 hari ni beliau sedang mengumpul data, berapa ramai pendengar, berapa lama mereka dengar siaran ini, di mana mereka dengar dan menggunakan medium apa mereka mendengar siaran ini.
"Jumlah angka data tersebut saya akan gunakan untuk mendapat penaja. Sekarang pihak kami sedang cari penaja untuk pusingan pertama iaitu leasing software, storing, website dan apps lain untuk setahun," katanya.
Menurut Nasa lagi, siaran radio ini telah pun mencapai tarikan pendengar dari luar negara .
"Paling menggembirakan, baru 2 hari bersiaran kami dah dapat pendengar dari Sweden, China dan Singapura," katanya.
Ditanya mengenai pandangan nya sama ada siaran radio ini akan mendapat sambutan, Nasa memberitahu, walaupun masih dalam fasa percubaan pihaknya sudah mendapat ramai pendengar dan pihaknya dapat memenuhi cita rasa pendengar dengan info dan hiburan yang terkini dan menyengat.
Nasa pernah menjadi pengacara Kuiz Perdana Ria TV1 pada tahun 1990-an.
Nasa pernah menjadi DJ Time Highway Radio (THR) yang popular dalam tahun 1994.
Nasa Karim yang telah berkecimpung dalam dunia media khususnya radio sejak tahun 1987. Beliau adalah pemilik Syarikat Lagenda Ultimate Resources bersama isterinya Noor Ariffin.
"Saya mula bertugas sebagai DJ pada tahun 1987 ddengan Rediffusion Cable Network, dan menyertai Time Highway Radio (THR) pada tahun1994," kata Nasa yang pernah popular sebagai DJ THR dan pernah menjadi pengacara rancangan kuiz TV1 Perdana Ria.
Kepada peminat lagu-lagu 70-an sehingga terkini, bole lah klik link di https://play.radioking.com/radio/beezie-iradio untuk mendengar siaran BeeZie iRadio.
Banyak lagu-lagu yang disiarkan khas untuk mereka yang meminati hiburan lagu-lagu dan info terkini. Pasti tidak mengecewakan anda. Selamat mendengar. - KitaReporters