Video| Tahniah Noraniza! Cipta rekod MBOR! 565 penari! Paling ramai buat persembahan irama Malaysia!
Published by
KitaReporters
--title--
Noraniza Idris dan Hazami berduet sambil diiringi tarian 565 pelajar di Dataran Merdeka. - Kredit foto-foto: IG noraniza idris
RATU Irama Malaysia dan pop etnik, Noraniza Idris, 54, melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabia berjaya menghimpunkan jumlah penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Isnin, 26 September 2022.
Persembahan khas tarian asas tradisional itu ditarikan oleh 565 pelajar dari sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia.
Mereka mengiringi Noraniza membawakan lagu baru ‘Ala Ewa-Ewa’, duet bersama Hazama serta dua lagu popularnya, ‘Intan Payung’ dan ‘Dikir Puteri’.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Noraniza Idris
Menurut Noraniza, pengiktirafan itu membakar semangatnya untuk terus cuba memartabatkan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, meskipun berdepan pelbagai cabaran.
“Ia tidak sama seperti kita menang anugerah kerana pengiktirafan MBOR ini membuktikan kita telah melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis.
“Apabila mereka hadir untuk mengikuti program ini, ia memberikan saya kepuasan kerana itu bermakna, matlamat kita tercapai,” katanya kepada media.
Noraniza gembira menunjukkan sijil penghargaan MBOR yang dterimanya.
Sebahagian pelajar yang menyertai acara di Dataran Merdeka
Noraniza juga mengharapkan usaha itu dapat menjadi panduan buat generasi pelapis dalam tarian tradisional.
Tambahnya, ia menjadi hari bersejarah buat dirinya, terutama apabila dapat mengetengahkan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional daripada peserta yang tidak mempunyai asas dalam seni dan budaya.
“Pelbagai cabaran dan dugaan, namun Alhamdulillah berkat doa serta kesabaran semua, kita berjaya selesaikan usaha ini,” katanya. - KitaReporters
9
15
0
11
0