Persaingan Liga Perdana 2022 makin sampai ke penghujung saingan dan kejuaraan liga masih menjadi perebutan antara dua pasukan teratas iaitu antara Kelantan Football Club (FC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) II. Ketika ini Kelantan sedang mempimpin carta liga sambil diekori rapat oleh JDT II.

Selepas 15 perlawanan, Kelantan berada 5 mata di depan JDT II namun kelebihan ada pada tangan pesaing mereka kerana masih ada baki satu perlawanan yang belum dimainkan.  

Persoalannya, adakah Kelantan akan terus 'gayat' di carta liga atau akan pintas saat-saat akhir oleh JDT II? 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Perdana 2022


Baki Perlawanan :

Skuad kendalian Rezal Zambery Yahya ketika ini dilihat sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara namun mereka perlu menang tiga baki perlawanan dan jika mereka terciri mata, peluang untuk muncul juara itu akan tergugat. 

Manakala untuk pasukan bimbingan Mariano Raul Echeverria pula, mereka juga wajib menang keempat-empat baki perlawanan sambil mengharapkan Kelantan tewas kepada lawan mereka. Lima perlawanan terakhir JDT II, mereka hanya mencatat dua kemenangan dan tiga keputusan seri.

Dalam istilah mudah, kedua-kedua pasukan saling mengharapkan lawan mereka tercicir mata agar laluan muncul juara lebih cerah. Berikut adalah baki perlawanan untuk kedua-dua pasukan. 

Lawan Kelantan FC :

  • Kelantan vs Terengganu FC 2 (19.8.2022)
  • Kelantan vs Selangor 2 (4.9.2022)
  • Kelantan United vs Kelantan (11.9.2022)

Lawan JDT II :

  • Projek FAM-MSN vs JDT II (24.8.2022) 
  • PDRM vs JDT II ( 21.8.2022)
  • JDT II vs Terengganu 2 (4.9.2022) 
  • Selangor 2 vs JDT II (11.9.2022) 

Kedua-dua pasukan dilihat bakal menghadapi lawan yang agak kuat dan sudah pasti, pasukan lawan juga ingin mencari kemenangan untuk mencari kedudukan terbaik dalam liga. 

Hanya kesilapan akan membuatkan salah satu pasukan berputih mata.  



Kelebihan untuk The Red Warrior :

Ternyata Kelantan dilihat lebih berpeluang kerana mereka bakal bermain di stadium yang sama untuk kesemua baki perlawanan dan rekod bermain di halaman sendiri juga lebih baik. Ini bermakna, Kelantan memiliki peluang terbesar untuk raih piala di hadapan penyokong sendiri

Biarpun perlawanan terakhir mereka dikira sebagai pelawat, namun kelebihan masih milik mereka kerana bermain di stadium yang sama. 

Dari lima perlawanan terakhir mereka bermain di Stadium Sultan Muhammad IV, The Red Warrior hanya kalah sekali sahaja dan ini membuktikan bahawa mereka begitu kebal dan sukar untuk kalah jika bermain di halaman sendiri. 

Untuk JDT II, tugas getir menanti mereka kerana daripada empat perlawanan terakhir, mereka perlu bermain tiga perlawanan  di tempat lawan dan ini sangat merisaukan kerana rekod mereka bermain di tempat lawan tidak begitu baik. Tiga perlawanan terakhir, mereka hanya mampu seri sahaja. 

Secara kasar, boleh dikatakan, Piala Liga Perdana sudah boleh disediakan di Stadium Sultan Muhammad IV kerana mereka bakal jadi milik mereka tetapi dalam bola sepak, selagi perlawanan belum tamat pelbagai kemungkinan boleh terjadi. 



Moral Pemain :

Bagi penulis, pasukan yang dijaga oleh usahawan terkenal, Norizam Tukiman atau lebih terkenal dengan panggilan Bos Zam Burger lebih ghairah untuk muncul juara kerana ia adalah musim terbaik mereka berbanding tiga edisi sebelum ini dalam saingan Liga Perdana. 

Selain itu, ia juga bakal menjadi detik terindah untuk pemilik Kelantan jika muncul juara di hadapan penyokong setia dan ini juga adalah kejuaraan pertama sejak beliau ambil alih pasukan Kelantan FC pada 2019. 

Untuk penyokong pula, sudah pasti mereka sangat dahagakan  kejuaraan di bumi Kelantan kerana kali terakhir mereka muncul juara adalah 8 tahun yang lalu iaitu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2013. 



Jika mereka melepaskan peluang terbaik ini, tidak pasti berapa tahun lagi perlu mereka tunggu untuk merangkul kejuaraan dalam liga Malaysia kerana tahun hadapan mereka perlu menghadapi pasukan lebih kuat di liga utama.

Untuk skuad Harimau Selatan II, mereka berada di Liga Perdana sejak 2014 dan jika muncul juara sekali pun, mereka tetap akan berada di liga perdana kerana syarat yang ditetapkan oleh liga hanya satu pasukan yang sahaja boleh bermain dalam liga yang sama. 

Mungkin mereka boleh perbaiki dari segi rekod kedudukan jika muncul juara kerana pencapaian terbaik dalam Liga Perdana adalah muncul naib johan pada tahun 2019. 

Kita juga boleh lihat bahawa pemilik JDT lebih memberi fokus kepada pasukan utama mereka yang bersaing dalam liga utama dan kejohanan kompetitif peringkat Asia. - KitaReporters



13
18
0
12
0

Copy Link: