SERAMAI 649 warga Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Hutan Kampong, Alor Setar bergotong-royong menyediakan Bubur Asyura Keluarga Malaysia pada 1 September 2022.

Pengetuanya Rosleesham Saad berkata, 547 pelajar, 102 orang guru, staf sokongan dan pekerja am dari kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama bergotong-royong menyediakan bubur itu daripada resepi turun temurun Kampung Pantai Jamai, Langgar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan bubur

Pelajar dan guru membuat persiapan untuk memasak.


Rosleesham Saad (dua dari kanan) turut sama menyediakan bahan untuk memasak.

Guru dan pelajar sibuk menyediakan Bubur Asyura Keluarga Malaysia.


Bahan dimasukkan untuk memasak.
Pelajar lelaki dan perempuan kolej itu bersama-sama memasak.
“Saya melihat kerjasama dan kemuafakatan dalam kalangan pelajar, guru, staf dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini bukan sahaja dapat menyediakan 350 bungkusan bubur tapi yang paling penting sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan yang ditunjukkan,” ujar beliau ketika ditemui. 

Pengetua Rosleesham Saad.

Bubur Asyura Keluarga Malaysia siap untuk diedarkan.

Kolej ini juga dipilih antara lokasi program Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia 2022 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah mulai 2 hingga 4 September 2022.

Unit komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Bengkel Fotografi dan Kewartawanan kepada 200 pelajar dan guru di kolejtersebut pada 3 September 2022. - KitaReporters


Program Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia peringkat negeri Kedah


Program Bengkel kewartawanan yang akan dianjurkan di kolej ini.

11
11
0
13
0

Copy Link: