Rumah hangus dijilat api! Al-Quran tidak terbakar! Allahu!
Published byFirman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW) Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah Al-Isra’, ayat 88). : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan al-Quran:
https://kitareporters.com/search?search=al-Quran
Ayat berkenaan jelas menunjukkan betapa tingginya kitab al-Quran yang telah diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Dalam dunia serba moden ini, mungkin Allah ingin menunjukkan kuasa-Nya kepada kita semua apabila sebuah naskah al-Quran telah ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia.
Perkara itu telah tular dengan begitu cepat sehingga menyebabkan lokasi berkenaan menjadi tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mangsa, rata-rata penduduk sekitar Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mendapati senaskah al-Quran tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad, 19 Oktober 2020 lalu.
“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata ahli keluarga yang ditemui media.
Tambahnya lagi, kejadian aneh berkenaan bukan saja menarik minat penduduk setempat, malah ia turut menyebabkan penduduk luar kampung berkenaan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.
“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular dalam media sosial,” ujarnya lagi.
Difahamkan, naskah al-Quran berkenaan telah disimpan rapi keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji, lapor agensi media antarabangsa. - KitaReporters