Bantuan segera one-off RM500! Untuk petani, penternak, nelayan Terengganu dijangkiti COVID-19
Published byDr Azman Ibrahim (kiri) meninjau aktiviti pertanian di Kawasan IADP Ketara Besut. - Kredit foto: Facebook Dr Azman
GOLONGAN petani, nelayan dan penternak di Negeri Terengganu yang terjejas dengan pandemik COVID-19 terutama mereka yang dijangkiti wabak berkenaan bakal menerima bantuan “one-off” (sekali beri) daripada kerajaan.
Bantuan sebanyak RM500 kepada golongan berkenaan yang terkesan dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan akan disalurkan dengan kadar segera.
Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya sudah meminta jabatan dan agensi berkaitan mengumpul data lengkap dari setiap daerah dalam usaha memastikan tiada yang tercicir atau terpinggir.
Katanya, data terkini menunjukkan seramai 60 orang telah disahkan positif COVID-19 sejak wabak tersebut melanda negara pada awal 2020.
Beliau berkata, pihaknya mengambil serius perkara tersebut kerana sebahagian besar rakyat Terengganu berkecimpung dalam industri terbabit.
Dr Azman meninjau perkampungan nelayan di daerah Kemaman
“Kesemua mereka bergantung nasib sepenuhnya kepada rezeki daripada hasil pertanian untuk menyara hidup. Apabila disahkan positif COVID-19, mereka melalui tempoh rawatan dan kuarantin, ini telah menjejaskan kehidupan serta pendapatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata golongan berkenaan bukanlah besar, namun ia cukup menggambarkan keprihatinan pentadbiran negeri kepada mereka yang telah menyumbang tenaga membekalkan sumber makanan negeri, seterusnya menghadirkan sedikit khabar gembira kepada golongan terbabit.
Dr Azman bersama jentera pembajak ketika menemui petani
Sebelum ini kerajaan negeri turut memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada 500 pengusaha tanaman cili yang terjejas akibat 'total lockdown' atau sekatan penuh pergerakan (SPP).
Dr Azman, langkah itu diambil selepas kelompok terbabit antara yang sangat terkesan akibat kejatuhan mendadak harga lada di pasaran.
Dr Azman berharap agar bantuan itu dapat memberikan suntikan motivasi kepada warga tani untuk terus berbakti seterusnya menyemarakkan lagi kejayaan Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021. - KitaReporters
Dr Azman (tengah) bersama pegawai Jabatan Pertanian ketika melawat Empanjan Paya Peda,Hulu Besut yang menjadi pembekal air terbesar kepada pesawah di daerah Besut dan Setiu