Berita Terkini| Suntikan vaksin buat media! 700 daripada 5,000 petugas media dapat janji temu!
Published byAntara pengamal media yang telah terima suntikan dos pertama vaksin di Dewan Seri Seroja, Kuala Lumpur pada 9 Jun 2021. - Kredit foto: Bernama
SERAMAI 700
petugas media di seluruh negara telah diberikan janji temu untuk dos pertama
bagi menerima suntikan vaksinasi Covid-19 setakat 14 Jun 2021.
Menteri
Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin
berkata, jumlah itu sebahagian daripada kira-kira 5,000 nama pengamal media
yang disenaraikan.
“Lebih
banyak janji temu dos pertama untuk media dikeluarkan minggu ini. Setakat hari
ini (14 Jun 2021), lebih 250 pengamal media di beberapa negeri telah pun menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19
sejak dilaksanakan 9 Jun baru baru ini.
“Buat masa
ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam proses berikan janji temu
kepada petugas media yang akan bertugas membuat liputan bagi Sukan Olimpik
Tokyo, hujung Julai 2021 nanti,” katanya
dalam sidang akhbar mingguan CITF, di Putrajaya pada 14 Jun 2021.
Tambah
beliau, CITF perlu mengimbangi keperluan vaksinasi buat rakan-rakan media
dengan keperluan imunisasi untuk warga emas, orang kurang upaya dan golongan komorbid yang turut diutamakan
dalam Fasa 2 PICK. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter