Kredit foto-foto: IG AC Mizal @dacdatoac


SEORANG demi seorang golongan selebriti menghadiahkan kaum keluarga dengan barangan mewah dan berharga sebagai tanda kemakmuran hidup mereka.

Terbaharu ialah Datuk AC Mizal,50, dan isteri, Datin Emylia Rosnaida, 45.

Pasangan suami isteri ini yang berkahwin pada 2002 memberi hadiah berharga untuk ulang tahun ke-18 anak sulung mereka, Muhammad Reeve Damien dengan sebuah kereta jenis Mercedez-Benz berharga ratusan ribu ringgit.



Video dalam Instagram dan TikTok AC Mizal serta Emylia memperlihatkan mereka membawa anak teruna mereka ke sebuah bilik pameran kereta lalu sampai ke sebuah kereta Mercedez-Benz yang diikat dengan riben merah dan memberitahu itu adalah hadiah ulang tahun ke-18 Damien. 

Damien dilihat melihat kereta miliknya yang dihiasi reben itu seakan-akan tidak percaya namun gembira dengan hadiah yang diterimanya itu.

Pada akhir video itu, turut kedengaran Emylia menitipkan pesanan kepada anaknya itu untuk belajar bersungguh-sungguh.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah kepada Damien serta berharap dapat berbakti kepada ibu bapanya.



AC Mizal setelah gagal perkahwinan pertama berkahwin dengan Emylia pada 2002 dan memperoleh 2 anak, selain dua lagi anak dalam perkahwinan pertama. 

Emylia merupakan antara pelakon yang laris ketika itu sedia menerima lamaran AC Mizal.

AC Mizal mula dikenali sebagai anggota kumpulan hip-hop 4U2C pada tahun 1992-1994 dengan lagu popular ‘Fiona’.

Setelah kumpulan itu berpecah, AC Mizal mencuba bidang lakonan dan mencipta kejayaan terutama dalam drama bersiri kepolisan ‘Gerak Khas’.

Kemudian AC Mzal menceburi bidang lawak dan menjadi salah seorang pengacara TV terkenal di Malaysia.



Dengan populati sebagai selebriti, AC Mizal mengorak beberapa bidang perniagaan dengan dibantu isterinya.

Dengan memperoleh rezeki besar dalam bidang perniagaan, AC Mizal dan Emylia tidak lokek menghadiahkan anak dengan barangan mewah.

Bagi netizen ada yang beranggapan Damien akan terus menerima hadiah lumayan jika berjaya dalam pelajaran dan bidang muzik yang diceburinya.

Malah ada yang beranggapan Damien akan menerima satu lagi hadiah mewah jika berkahwin, mungkin rumah mewah.

Seorang lagi anak perempuan yang belum memasuki alam remaja juga tidak mustahil jika sudah mencapai usia 18 tahun nanti tidak mustahil akan diberi hadiah berharga.



Damien adalah penerus AC Mizal dalam bidang muzik apabila dia diterima sebagai artis rakaman Universal Music

Malaysia.

Damien mencipta melodi, lirik dan susunan muzik bagi single lagu ‘Mine’ bercorak hip-hop di mana AC Mizal turut muncul bersama.

Sejak dilancar pada 10 Disember 2021, video muzik (MV) lagu ‘MINE’ telah ditonton lebih 336,414 kali. - KitaReporters

8
12
0
12
0

Copy Link: