Kuih Titisan Hujan. - Kredit foto: Gambar tular


SEBELUM ini kuih dibuat berasaskan arang tempurung kelapa iaitu kerbau guling pernah menjadi ‘buruan’ setelah ia tular dalam laman sosial dek kerana namanya yang unik selain warnanya hitam.

Kini, makanan berasal dari Jepun dengan nama Mizu Shingen Mochi yang dikenali sebagai kuih titisan hujan atau ‘raindrop cake’ di negara ini pula mencetuskan fenomena.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kuih


Kredit foto: Gambar tular


Semuanya bermula di Ipoh setelah kuih titisan hujan dijual oleh peniaga di Plan B, Pekan Lama heboh diperkatakan sehingga tular dalam media sosial.

Penangan ‘viral’ menyebabkan kawasan berkenaan dikunjungi orang ramai untuk menikmati sendiri kuih yang dijual dengan harga RM8 sebekas itu sehingga sanggup beratur panjang dan ada yang berputih mata setelah kuih habis dijual. 




Kuih yang kelihatan jernih umpama embun pagi ini turut cetuskan fenomena tersendiri dalam TikTok sehingga #kuihtitisanhujan mendapat 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis susulan ramai warganet turut kongsikan video mereka hasilkan sendiri kuih itu di rumah.

Malah ada dalam kalangan netizen turut berkongsi resepi dan cara menghasilkan kuih titisan hujan yang cukup mudah dihasilkan selain hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati.


 

Kuih titisan hujan cetus fenomena tersendiri terutama dalam TikTok


Antara yang berkongsi resepi  kuih titisan hujan menerusi TikTok.


Sementara itu, menjengah dalam Facebook pengguna juga tidak ketinggalan turut melakukan hal sama dan salah seorangnya ialah Siti Masitah Awang KechikFull dalam halaman Masak Apa Hari Ini (MAHN).

“Maksu pun terjebak juga. Memang lembut macam air embun pagi,” antara yang ditulisnya. - KitaReporters


Perkongsian resepi oleh Siti Masitah Awang KechikFull


Kredit foto: FB Siti Masitah Awang KechikFull.

15
12
1
20
1

Copy Link: