Ada sesetengah orang, suka menjadi toksik dalam media sosial. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya. Orang seperti ini juga menghakimi orang lain. Selalunya, individu seperti ini suka menempel dalam akaun media milik artis dan selebriti. Ada sahaja komen yang menyakitkan hati dan negatif ditinggalkan dalam ruangan komen. : KitaReporters


Pembawa 'toksik' memang gemar menempel dalam akaun media sosial artis dan selebriti.


Lagi kisah-kisah berkaitan pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Kebanyakan artis atau selebriti, tidak melayani komen-komen negatif seperti ini kerana tidak mahu ia berpanjangan. Namun, kadang-kadang ‘toksik’ seperti ini perlu diajar agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Sabar itu ada hadnya. Tapi kalau sudah berlebihan, mendapatlah jawabnya! 

Itulah yang dilakukan oleh pelakon popular Azhan Rani melalui akaun Instagramnya apabila dia mendedahkan perilaku dan komen negatif daripada seorang netizen.

Netizen tersebut meninggalkan komen memberitahu bahawa dia tidak akan menonton drama bersiri terbaharu lakonan Azhan Rani berjudul Mummy Oja kerana Ali Puteh turut membintangi drama tersebut.


Drama bersiri 26 episod ini turut dibintangi Ali Puteh.



Tindakannya itu kerana tidak suka Ali Puteh disebabkan isu kontroversi (isu harta arwah Abam). Hal itu membuatkan Azhan terkilan dan marah kerana netizen tersebut membawa toksik dalam Instagramnya.

“Toksik dikesan! Aku ni bukanlah jenis suka menjawab sangat. Tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan toksik.

“Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan @aliputeh_official ramai je yang pandang semacam kat aku. Kenapa aku baik sangat dengan dia. Nak kata macam mana, dia dengan aku dan tim produksi takde masalah.

“Apa yang aku jawab kat komen tu jujur dan ikhlas. Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa teruja nak campur walaupun aku tahu satu Malaysia tengah kepochi dengan isu dia.

“Setakat ini, kerja dia bagus, dia penceria set. Set akan suram apabila hari dia takde. Apapun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang takde kena-mengena ni untuk mengadilinya. 



Hubungan akrab Azhan dengan Ali membuatkan sesetengah pihak tidak menyukainya.


“Beria juga aku menjawab panjang-panjang komen tu. Rupa-rupanya bila selak bio tukang komen tu terserlah jawapan yang dia cari. Mungkin dia lupa apa yang pernah dia tulis kat bio dia. Ke dia copy paste kat google je sebab tak tahu karang ayat padahal bukan prinsip dia pun.

“Abang minta maaf dik. Abang up kan kau ni bukan sebab nak tengok kau popular pun. Tapi sebab nak hentikan kau sebarkan toksik. Tak baik pun buat macam tu. Kalau betul kau bermasalah dengan dia, tak payah libatkan orang lain yang takde kena-mengena. Ke kau jumpa Ali Puteh tu selesaikan masalah kau dengan dia.

“Insya-Allah dik kita cubalah berbuat baik sesama kita. Kita hormat orang insya-Allah ramai orang akan hormat kita. Kadang-kadang tu bila kita lantang cakap kita tak minat orang tu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita,” tulis Azhan.


Azhan bertindak membalas komen daripada netizen yang dianggap toksik!


Betul cakap Azhan, siapalah kita untuk menghakimi orang lain. 

Semoga menjadi pengajaran kepada orang lain agar jangan mudah menjatuhkan hukum apatah kita sendiri tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. - KitaRaporters

2
0
0
0
0

Copy Link: