DALAM program Gegar Vaganza 7 (GV7) di Astro Ria pada malam Ahad 15 November 2020, hos bersama Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 37, terlihat seperti memerli seorang personaliti. Dengan mengeluarkan kata-kata seperti ‘cliche’ dan ‘selfie stick’ dalam siaran langsung itu, ramai berpendapat personaliti yang dimaksudkan ialah Azwan Ali, 54, yang pada masa yang sama ketika itu menjadi hos bersama dengan Elly Mazlein dalam program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3. : KitaReporters

Antara netizen yang meluahkan ketidak puasan terhadap Nabil


Lagi kisah Nabil Ahmad:

Perlakuan Nabil itu mengundang banyak teguran daripada orang ramai dan meluahkan kekecewaan mengenai permusuhan dua selebriti ini dan meminta Nabil meminta maaf terhadap Azwan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ucapan celupar Nabil itu adalah gimik untuk mempromosi program ‘MeleTOP’ yang bersiaran malam tadi, Selasa 17 November 2020 yang dihos oleh Nabil sendiri dan pengacara jempulan Cik Manggis.


Azwan Ali ketika muncul dalam siaran langsung 'meleTOP' bersama pengacara Nabil Ahmad dan Cik Manggis. - Kredit foto: IG MeleTOP


Dalam siaran ‘MeleTOP’ itu ramai yang ingin melihat apakah akan berlaku perdebatan hebat antara kedua-duanya atau akan berlaku pergaduhan.

Namun situasi ‘pergaduhan’ itu tidak terjadi. Sebaliknya program secara langsung itu berjalan lancar dan profesional. 


Azwan bersama selfie sticknya mengabadikan kenangan pada set 'MeleTOP'.

Azwan sempat mengucapkan terima kasih kerana diundang dalam rancangan ‘MeleTOP’ melalui sedikit nyanyian lagu ‘Terima Kasih’.

Dalam program itu Azwan menyatakan mereka pernah berselisih faham suatu ketika dahulu, namun sudah selesai dan ia disetujui Nabil. Azwan juga mengatakan orang ramai suka melagakan mereka berdua dalam dunia hiburan negara yang tidak sebesar mana. 

Cik Manggis turut menjadi hos jemputan 'MeleTOP'


Azwan yang sudah lebih 33 tahun terlibat dalam bidang penyiaran ditanya oleh Nabil kenapa sering melakukan perkara sensasi dalam media sosialnya. Jawab Azwan, dia melakukan sensasi sebagai satu cara untuk meluahkan ketidakpuasannya terhadap sesuatu perkara.

Kata Azwan dia akan terus melakukan perkara sensasi dalam laman sosialnya dan menjadi identiti baginya meluahkan kata-kata celupar dan gayanya dalam IGnya @divaazwanaliofficial. - KitaReporters


.


0
0
0
0
0

Copy Link: