Melaka mencatatkan 175 kes baharu positif Covid-19 pada 22 Mei 2021 dan satu kematian


Kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, Melaka diarah menghentikan operasi selama 14 hari sehingga 4 Jun 2021 susulan 175 pekerjanya didapati positif Covid-19.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata majoriti kumpulan pekerja terlibat adalah pekerja asing dan ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja lagi bagi kenal pasti tahap kesihatan masing-masing.

“Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah arahkan kilang pemprosesan ayam tersebut ditutup sementara waktu. Penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat kuarantin pekerja terlibat.

“Kerajaan negeri juga berbincang dengan pihak pengurusan syarikat itu kemungkinan untuk pindahkan pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka  berdekatan kawasan perindustrian.

“Asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai, katanya dipetik oleh Harian Metro, 23 Mei 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: