Berita Terkini| Lelaki peroleh RM15K sebulan hasil jual air ketum! Akhirnya diberkas polis!
Published by200 bungkus air ketum yang dibungkus ditemukan di sebuah rumah di Teluk Kumbar oleh pasukan polis di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. - Kredit foto: Utusan Malaysia.
POLIS Marin Pulau Pinang menahan seorang lelaki bersama 300 kilogram (kg) daum ketum dan 200 bungkus air ketum di sebuah rumah di Sungai Batu, Teluk Kumbar, pada 25 Mei 2021.
Komander
Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata,
lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 7 malam, Selasa 25 Mei 2021 itu.
"Sepasukan
polis yang sedang menjalankan Op Benteng Covid telah memeriksa sebuah rumah di
Teluk Kumbar yang didiami seorang lelaki. Ketika memperkenalkan diri, lelaki
berkenaan mengaku sebagai pemilik rumah tersebut.
"Setelah
pemeriksaan dijalankan di dalam rumah, kita menjumpai satu bungkusan hitam yang
mengandungi kira-kira 300kg daun ketum dan 200 bungkus air ketum serta beberapa
peralatan memproses dan memasak daun ketum," katanya dalam satu kenyataan seperti
dipetik oleh Sinar Harian pada Rabu, 26 Mei 2021.
Dalam
pemeriksaan itu, polis turut menyita sebuah lori dipercayai digunakan suspek
untuk menghantar bekalan air ketum ke seluruh Pulau Pinang.
"Kesemua nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM55,000 itu dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut.
"Suspek
memperoleh bekalan daun ketum dari Jeniang, Kedah dan menjual air ketum dengan
harga RM5 sebungkus. Dia mampu memperoleh hasil jualan mencecah RM15,000
sebulan dengan penjualan barang terlarang itu," katanya.
Rosman berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek telah mula aktif dalam memproses dan membekalkan air ketum ke sekitar Pulau Pinang sejak awal tahun 2021 ini.
Suspek yang berusia 34 tahun itu direman empat hari bermula Rabu, 26 Mei hingga Sabtu, 29 Mei 2021 untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat
mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi
RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
SEORANG lelaki yang menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Teluk Kumbar, Pulau Pinang sebagai lokasi memproses air ketum. Ihsan Polis Marin