JIKA program nyanyian realiti selama ini menonjolkan bakat perseorangan atau duo, kali ini buat pertama kalinya anda bakal menyaksikan satu keluarga pula bersaing sesama ahli keluarga lain melibatkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia melalui rancangan yang dinamakan ‘Famili Duo’.

Bakal bersiaran mulai 14 Februari 2021 ini, setiap hari Ahad, pukul 9 malam, TV3 menampilkan barisan selebriti yang bergandingan dengan ahli keluarga masing-masing menonjolkan bakat nyanyian mereka.

Bersiaran selama 8 episod program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang.



“Dalam keadaan negara masih memerangi pandemik Covid-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan SOP yang lebih ketat. 

"Jadi, 'Famili Duo' diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga,” ujar Dato’ Khairul Anwar Salleh (atas), Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios. 

‘Spin-off’ daripada program ‘Family Singing Show’ di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 dibawakan oleh peneraju platform makanan dalam talian di Asia Pasific ‘Foodpanda’ yang terkenal dengan taglinenya ‘keriangan dengan setiap pesanan.’

“Pada masa ini, kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Program seperti 'Famili Duo', adalah penambahan yang tepat pada masa ini, memandangkan keadaan semasa di seluruh negara, “ jelas Sayantan Das, Pengarah Urusan Foodpanda. 

Menurut beliau, perkongsian antara Foodpanda dan Famili Duo sangat sesuai kerana ia mempunyai hala tujuan yang selari dengan Foodpanda, iaitu untuk menyebarkan keriangan dengan setiap pesanan. 

“Duduklah di rumah dan nikmati program ini sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui Foodpanda, atau cuba Pandamart dan dapatkan barangan runcit dalam masa kurang dari 30 minit,” tambah Sayantan Das.




Famili Duo’ dihoskan oleh Uyaina Arshad (kiri) dan dimeriahkan oleh dua figura popular tanah air iaitu Didie Alias (kanan) dan Mark Adam (tengah) sebagai juri. 

Uniknya, program ini menampilkan 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. 

Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu 1 ‘cover song’ dan 1 nyanyian di pentas. 

Pada pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. 


Naim Daniel dan kakaknya, Amylia Izzati akan tampil pada episod 1.


Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio manakala untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas ‘Famili Duo’. 

Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai. 

Diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad di bawah teraju Nurhul Huda Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit, ‘Famili Duo’ pastinya menceriakan malam hujung minggu anda apatah lagi barisan artis dan keluarga masing-masing yang terlibat kesemuanya popular belaka.

Mereka terdiri daripada kumpulan adik beradik, ibu bapa dan anak, suami isteri, bapa saudara/ibu saudara dan anak saudara serta sepupu masing-masing.




Barisan selebriti suami isteri  yang terlibat terdiri daripada Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah (gambar atas), Salma Asis & Azri, Anas Ridzuan & Ana Syuhada, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana  (gambar atas,  bawah), Lan Solo & Sheila, Aepul Roza & Leez Rosli, Haziq Hussni & Ayunda Putri, Ifa Raziah & Yani, Rosma & Khai serta Tuju & Loca B.

Senarai penuh mengikut episod dan selebriti lain yang bakal memeriahkan ‘Famili Duo’ sila lihat senarainya di bawah ini mengikut episod 1 hingga 8:



Penonton boleh turut mengaktifkan diri ketika siaran ke udara dengan menggunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. - KitaReporters

5
1
0
0
4

Copy Link: