Salah faham: Netizen kecam PU Syed! Ugut nak unfollow! Adoi!
Published byISU membuat kebaikan dan menghebahkannya kepada umum benar-benar menjadi isu sensitif buat masa ini. Sejak akhir-akhir terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai orang yang dikenali telah melakukan kebaikan dengan menyumbang bantuan kepada keluarga susah yang memerlukan bantuan. Namun, perkara itu kini menjadi sensitif dan perbalahan. : KitaReporters
Perkara menguar-uarkan kebaikan itu menjadi sensitif apabila ada pihak yang dilihat tidak berpuas hati menegur secara umum perbuatan itu yang dianggap sebagai riak atau tidak perlu dihebahkan kepada umum.
Ada juga yang mendakwa berkongsi video orang miskin sebagai mengaibkan.
Tambahan pula, teguran itu datangnya daripada golongan agamawan sendiri.
Lebih parah, netizen turut masuk campur hingga menjadi medan fitnah dan memaki hamun.
Walaupun ia sudah reda, namun masih berbekas di hati netizen apabila individu yang disanjung oleh mereka dikecam hebat.
Jadi, apa-apa isu yang berkaitan dengan menghebahkan perbuatan baik kepada umum, ia menjadi isu yang sangat sensitif.
Perkataan yang dikongsi itu berbunyi:
“Kau hebahkan semua perkara baik yang kau lakukan hingga tidak ada lagi yang tersimpan rapi antaramu dengan Allah”.
Inilah posting yang menyebabkan netizen salah faham.
Perkongsian itu telah menyebabkan netizen salah faham kerana menganggap PU Syed cuba memerli seorang pendakwah yang terkenal dengan sikap membantu masyarakat susah.
Ada netizen yang ugut mahu unfollow media sosial milik PU Syed.
Walaupun PU Syed tidak menyebut nama sesiapa, tetapi netizen tetap mengecam dan menganggap ia ditujukan kepada seorang pendakwah yang terkenal dengan sikap pemurah membantu masyarakat yang susah.
“Dari aku maki ustaz ni baik aku unfollow dulu. Apa-apapun nak komen gak setepek sebelum unfollow.
"Saya minta maaflah ustaz, ni social media, awak tu ustaz janganlah nk buat kenyataan-kenyataan begini.
"Akal ada ke!” komen netizen yang salah faham.
Netizen salah faham apa yang mahu dimaksudkan oleh PU Syed.
Namun, tak kurang juga nitizen yang faham apa yang ingin disampaikan oleh PU Syed.
“Saya pelik, kenapa ramai yang bitter. Ambillah dari sudut positif.
"Betullah tu ustaz bagi tahu. Takkan semua benda nak kena tunjuk. Dulu semua pakat kecam orang post #donesolat #doneterawih.
“Sekarang bila semenjak dua menjak ada isu tentang tunjuk kebaikan, semua melenting kalau orang bagi nasihat. Kena fahamlah sebabapa patut tunjuk, dan apa yang tak patut tunjuk.
“Nasihat yang baik, tak semestinya bermusim. Yang baik kita ambil sebagai ikutan, selebihnya yang tak baik kita jadikan sempadan.
"Berhikmahlah dalam menaip komen, jangan jari dikuasai nafsu amarah. Sama-sama istighfar,” tulis salah seorang netizen.
Antara netizen yang faham apa yang ingin disampaikan oleh PU Syed.
Sementara itu, tidak mahu netizen terus salah faham, PU Syed telah kemudian memuat naik sebuah video menjelaskan masuk posting tersebut.
Menurut PU Syed, dia tidak mengaitkan kebaikan itu dengan amalan sedekah, solat, puasa dan sebagainya.
Apa yang ingin disampaikan ialah penjagaan niat dan hati yang sangat perlu dititikberatkan ketika melakukan kebaikan.
“Sedikit pencerahan atas salah faham dari posting ambe. Harap dapat lihat video ini sampai habis,” tulisnya.
Semoga dengan penjelasan tersebut, segala salah faham dapat dileraikan.
Kepada netizen, jangan mudah membuat kesimpulan sehingga menghamburkan kata-kata kesat. - KitaReporters