MASA bercinta semuanya indah, kata orang kentut pun bau wangi. Tapi keindahan itu tidak berpanjangan apabila sudah melangkah ke alam rumah tangga. Bak katapepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perselisihan faham antara pasangan berkahwin adalah asam garam dalam rumah tangga kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. KitaReporter.

Kerinduan terhadap Raudhah membuatkan Aliff Syukri kembali ke pangkuan keluarga. - Kredit foto: IG AliffSyukriTerlajakLaris



Namun kebahagian dalam sesebuah rumah tangga itu hanya akan berkekalan jika ada sifat tolak ansur dalam hubungan. 

Menyedari bahawa isteri dan anak-anak adalah kunci kebahagiaan, akhirnya usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri kembali ke pangkuan keluarga selepas empat bulan hidup berjauhan dengan insan tercinta

Antaraalasan utama yang membuatkan Aliff mahu bersama keluarga adalah kerana beliau rindu untuk memeluk dan mencium anak bongsunya, Raudhah.

“Rindu sangat nak peluk anak saya, Raudhah. 

"Lama saya menyepi bukan merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup.

“Empat bulan berjauhan daripada anak-anak, hidup saya terasa kosong. Saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga. 

'Apa yang berlaku bukanlah gimik untuk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang lain ada pasang surut dalam rumah tangga.

Berjanji akan menjadi orang baharu yang menghargai keluarga dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.


“Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhmadulillah. 

"Keluarga dan Allah adalah keutamaan saya dan saya ingin menjadi seorang Aliff Syukri yang baharu, yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya, isteri, keluarga dan ibu saya.

“Saya sedar keluarga adalah segalanya dan Ramadan ini memberi erti yang besar kepada saya. 

"Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula,” catatnya dalam Instagram miliknya pada Jumaat, 8 Mei 2020.

Pada April 2020,kecoh kisah rumah tangga Aliff dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid apabila beliau mendedahkan surat permohonan cerai dalam Instagram Story miliknya.

Beliau sempat memuat naik kapsyen: ‘Permohonan diluluskan … Cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang membuatkan saya malu,” tulisnya.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017 dan dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Ameena Aliffsyah (anak angkat), Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah. - KitaReporters

@aliffsyukriterlajaklaris : Pertama kali berbuka bersama😱

Korang makan menu apa ye buka puasa hari ni. Cuba komen di bawah. Hari ni saya nak kongsikan kepada korang hari pertama juadah berbuka puasa saya dengan family saya. Maklumlah sudah lama membujang kan.. Hari ni kira first day lah isteri saya memasak untuk saya lauk untuk berbuka puasa. Terdapat 20 jenis lebih masakan lauk pauk. Nak tahu apa yang terjadi, korang boleh tengok di Youtube TV Terlajak Laris yang telah abang posting. Uuuhuuuuu !!

3
0
0
0
0

Copy Link: