BEBERAPA pemain baharu terpaksa dipanggil semula untuk menguatkan kembali skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan disebabkan kekurangan pemain. 

Melalui tweet daripada wartawan Astro Arena, Zulhilmi Zainal Azam, seorang pemain disahkan positif Covid-19 manakala beberapa pemain lain telah pulang ke kelab asal mereka


Lagi cerita-cerita menarik



Apa cerita ini? Sebelum ini latihan bersama ok je, tiba-tiba sebelum pergi ke kejohanan dipanggil pulang pula. Takkan tak lepas pemain lagi kot. Ada konflik dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke ini? 

Nak kata ada tindakan dari FAM belum ada lagi? Sepatutnya tindakan tidak profesional ini tidak terjadi. 

4 pemain muda Selangor terpaksa dipanggil bagi membantu skuad kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi menghadapi kejohanan pada hujung bulan ini. 

Nasib baik kelab tersebut lepas juga pemain mereka. Kalau tidak, sudah pasti akan kucar-kacirkan perancangan jurulatih. 

Sepatutnya pemain kucar-kacirkan pasukan lawan untuk mencari gol, ini awal-awal sebaliknya pula terjadi. 



Persoalan dia satu saja, kenapa pemain dari kelab tersebut dipanggil pulang? 

Kenapa dorang ini balik dan tidak sertai skuad Maloney? Tak kan ada pemain jadi jurulatih lagi waktu dalam bilik persalinan? Haaahh pelik ini.

Masih belum ada jawapan rasmi dari FAM setakat sekarang. Takkan perlu bentuk jawatankuasa lagi untuk mencari jawapan relevan? 

Untuk FAM, perlu tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan ini. Harap tidak beri jawapan selamat. Takut nanti keluar jawapan kata positif pula kesemua pemain itu. 

Dulu jadi dekad 'abang' dorang, dipanggil balik serta merta. Kini tiba giliran 'adik' pula ikut jejak abang. - KitaReporters


14
11
0
16
3

Copy Link: