Pertemuan bersama keluarga merupakan impian setiap orang semasa hari raya seperti juga perantau yang diceritakan penulis lirik lagu 'Dikir Barat: Raya Anak Perantau'. - Kredit foto: Video The Dalang dan foto FB.


SETIAP kali menjelang musim perayaan tidak kira Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha banyak lagu raya dihasilkan oleh pencipta berbakat sebagai usaha untuk menghibur orang ramai melalui irama lagu bertemakan hari raya.

Untuk edisi Aidilfitri 2021 ini, sebuah seloka bertemakan hari raya dicipta khas untuk perantau-perantau dari Kelantan melalui dikir barat yang bertajuk 'Dikir Barat: Raya Anak Rantau, Rayo Dalam PKP'.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu raya

Info grafik video lagu 'Dikir Barat: Raya Anak Perantau, Rayo dalam PKP' dinyanyikan oleh Wadi Tok Dalang.


Seloka tersebut merupakan irama dikir barat agak sedih dinyanyikan oleh The Dalang, Wadi Tok Dalang  yang menceritakan sedih pilu anak-anak perantau Kelantan menyambut hari raya tahun ini dengan tidak dapat balik ke kampung halaman kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab tidak boleh rentas negeri berikutan COVID-19.

Kesedihan ini lebih dirasakan bila kes pendemik COVID-19 semakin meningkat dengan medadak sejak kebelakangan, sekali gus mengetatkan kawalan keluar masuk di sempadan-sempadan negeri.


Berbagai-bagai jenis makanan tradisi turut menjadi kerinduan perantau anak Kelantan terutama sewaktu bulan puasa.


Pencipta liriknya menceritakan kesedihan anak Kelantan terpaksa menyambut raya di tempat orang lain, tidak kira di mana sahaja  baik di utara, selatan dan barat, di perantauan kerana bekerja mencari rezeki.

Mereka sebenarnya menunggu masa mengintai peluang untuk balik ke kampung halaman di Kelantan menemui ibu bapa dan sanak saudara yang dirindui serta lama tidak bersua muka.

Bila ingatkan orang tua menitis air mata dan semasa berbuka puasa semuanya sedia terhidang berbagai-bagai jenis makanan dan minuman kesukaan.

Bila berada di perantauan rasa sayu hati menjelang raya kerana terbayang kampung halaman tempat asal bersama kawan dan keluarga tapi sekarang hanya tinggal imbas kenangan yang tidak akan berulang lagi.

Siang malam teringat nak balik kampung bila raya nanti tetapi hanya tinggal angan-angan kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa patuhi undang-undang disebabkan tak boleh rentas negeri. Kena amalkan SOP dalam kehidupan norma baharu supaya penularan COVID-19 dapat segera diatasi.

Walaupun keinginan hati sentiasa meronta nak balik raya bersama keluarga dan sanak saudara di kampung terpaksa dilupakan untuk sementara kerana PKP 3.0 yang memaksa semua orang tidak boleh rentas negeri.


Pulang ke kampung halaman menjadi kerinduan setiap perantau termasuk anak Kelantan semasa hari raya.


Dengan iringan muzik tradisonal yang menggunakan rebana ibu, rebana anak, gong, canang dan marakas membuatkan lagu 'Dikir Barat: Raya Anak Perantau' sedap didengar, sekalipun nada nyanyian dan liriknya mungkin boleh membuat seseorang rasa sedih dan sebak terutama menjelang Aidilfitri ini. - KitaReporters


 

0
1
0
1
0

Copy Link: