Berita Terkini| Polis serbu kondo mewah! Pusat operasi judi dalam talian! Kaut RM20k sehari!
Published byPUSAT yang baharu beroperasi dua bulan itu mampu mengaut keuntungan RM20,000 sehari. Kredit Foto Robert j.Steiner
TAKTIK satu sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan kondominium mewah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai pusat operasi panggilan aktiviti itu terbongkar apabila diserbu pada tengah malam Selasa, 20 April 2021.
Serbuan oleh Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kuala
Lumpur itu berjaya menahan seramai 11 individu berumur lingkungan 19 hingga 38
tahun termasuk seorang wanita warga China yang dipercayai penjaga premis
berkenaan ditahan dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Saiful Annuar Yusoff berkata, pusat berkenaan didapati telah beroperasi kira-kira dua bulan lepas dan mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari.
“Sindiket ini dipercayai mempromosi judi dalam talian kepada warganegara China di premis yang disewa pada harga RM10,000 sebulan,” katanya yang dipetik laporan Bernama, Rabu 21 April 2021.
Serbuan yang diketuai Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, ACP Nasri Mansor itu turut merampas 17 komputer riba, 100 telefon bimbit dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian tersebut.
Saiful Annuar berkata, setiap pekerja menerima upah
sebanyak RM3,000 sebulan selain komisen untuk mendapatkan pelanggan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen
4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.
- KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter