Video| Banyak mata-mata media sosial! Jangan buang sampah merata tempat! Boleh didenda RM2,000
Published byAWAS! Hati-hati dan jangan sekali-kali anda membuang sampah sesuka hati sama ada di merata tempat ataupun di khalayak ramai kerana ada banyak `mata-mata’ yang sentiasa berada di mana jua yang akan merakam perbuatan itu menyalahi undang-undang. Rakaman gambar atau video tersebut dalam sekelip mata jadi tular dalam media sosial. : KitaReporters
WANITA yang dipercayai berumur 40-an sedang membuang bungkusan sampah di sebuah jambatan di Kelantan pada 5 Januari 2021. - Kredit Foto : Ihsan Orang Awan
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sampah sarap:
https://kitareporters.com/search?search=sampah+sarap
Hal ini berlaku, melalui satu klip video yang tular sejak Selasa 5 Januari 2021 mendapati seorang wanita berusia 40-an dipercayai dari Kelantan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu dengan membuang sampah di tepi jambatan.
Melalui rakaman selama 20 saat itu memperlihatkan sebuah kereta berada di tepi sebuah jambatan sebelum seorang wanita membuang dua bungkusan plastik dipercayai mengandungi sampah sarap melalui tingkap kenderaan itu ke dalam sungai di jambatan terbabit.
Kredit Foto : Ihsan Orang Awan
Akibat perbuatan itu tanpa memikirkan kebersihan alam sekitar seharusnya dijagai bersama menyebabkan wanita terbabit bakal berdepan dengan undang-undang yang boleh mengenakan denda RM2,000 jika sabit dengan kesalahan itu.
Pelaku terbabit juga boleh dikenakan penjara maksimum enam bulan akibat perbuatan tersebut di bawah Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Mereka yang melakukan kesalahan seumpama itu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tindakan wanita terbabit turut dikecam oleh pengguna media sosial yang memarahi perbuatan itu yang dilakukan dari wanita terbabit tanpa pengetahuan kebersihan alam sekitar tanpa mengira tempat atau lokasi perlu disemaikan sepanjang masa.
Kemarahan netizen sebegitu apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan terbabit yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelaku itu.
Mereka berpendapat, tindakan itu turut memalukan rakyat di Kelantan kerana kereta yang dinaiki wanita itu menggunakan plat D iaitu plat dari negeri Kelantan.
PERJELASAN Facebook Kelantan Daily.
Bagaimanapun, wanita itu dikatakan tidak membuang sampah sebaliknya dia membuang barang `saka’ ke dalam sungai tersebut, sebagaimana yang diarahkan oleh bomoh tradisional selepas pelaku pulang daripada berubat pada hari kejadian itu.
Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap pemilik kenderaan terbabit yang dilakukan oleh wanita berkenaan melontar bungkusan sampah daripada kereta itu.
Sumber itu berkata, kejadian itu berlaku dipercayai di sebuah jambatan di negeri Kelantan.
``Sekiranya orang yang sama mengulangi melakukan kesalahan itu, pelaku terbabit akan berdepan dengan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau dua bulan penjara ataupun kedua-duanya,’’ ujarnya. - KitaReporters
SUMBER : Bernama dan Trending Network