Video| Kenangan Indah bersama Samsons! Kini kembali melalui V
Published bySIAPA yang ingat lagu ‘Kenangan Terindah’ dipopularkan oleh kumpulan muzik Indonesia, Samsons. Lagu itu sehingga sekarang masih ‘evergreen’ dan menjadi siulan ramai sehingga mencapai lebih 80 juta tontonan dalam laman YouTube ketika ia dilancarkan pada tahun 2014. Kini, kembali dengan album terbaharu berjudul ‘V’. Mungkinkah ia akan mencipta satu fenomena lagi buat Samsons? : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan penyanyi:
https://kitareporters.com/search?search=penyanyi
Sesuai dengan judulnya ‘V’ yang dalam angka Roman bermaksud ‘5’, ia merupakan album kelima kumpulan yang dianggotai Ariadinata sebagai penyanyi, Irfan Aulia sebagai pemain gitar, Erik Partogi Siagian sebagai pemain gitar dan Aldri Dataviadi sebagai pemain bass ini, selepas album terakhir mereka pada tahun 2013 berjudul ‘Perihal Besar’.
Selepas itu mereka hanya melahirkan tiga buah single setiap tahun sejak 2016 iaitu ‘I Love You’. “Cinta Mati’ dan ‘Tuhan Tak Pernah Salah’ namun kesemuanya tidak mampu melawan populariti ‘Kenangan Terindah”.
Pun begitu, menariknya album kelima kumpulan yang lebih dari 17 tahun mengharungi industri muzik sejak kemunculan mereka pada tahun 2003 di Jakarta, Indonesia ini, Samsons kembali membawakan pengisian sentuhan orkestra menampilkan 55 pemain muzik oleh Budapest Scoring Symphony Orchestra.
Kali terakhir, mereka melibatkan Sydney Philharmonic Orchestra ketika menerbitkan album kedua mereka dalam tahun 2007 berjudul ‘Penantian Hidup’. Jadi untuk berkolaborasi sekali lagi dengan kumpulan orkestra tentunya tidak mendatangkan masalah.
Pendek kata, kali ini tidak hairanlah apabila nuansa muzik yang disajikan mereka pada album terbaharu dan yang kelima ini terasa sangat megah dengan isian bunyi dari orkestra Budapest yang terdiri dari 40 pemain ‘strings’, 7 pemain ‘woodwinds’, 7 pemain brass dan seorang percussionis di mana mereka ini berpengalaman membuat 'scoring' untuk filem-filem Hollywood.
Wow! Hebat kan?
Dan jika korang peminat tegar Samsons pasti tahu kan yang kumpulan ini seperti biasa, tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album mereka dan “V” dengan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagunya.
Lagu bertemakan romantis memang identiti Samsons, walaupun tema cinta itu boleh diintepretasi atau diterjemahkan ke dalam banyak hal, secara universal.
Sementara dari segi susunan muzik, seperti terdahulu, komposisi lagu pop ballad disematkan dengan bunyian ala orkestra menjadi paduan yang sempurna.
Nuansanya menjadi megah dengan harmonisasi muzik yang elegan tapi tidak terkesan berlebihan malah terasa nyaman menikmatinya.
Album “V” terbitan Universal Music Indonesia ini mengandungi 12 buah lagu yang disajikan oleh Samsons bagi para penggemarnya waima ada antaranya telah diterbitkan sebagai single antaranya seperti lagu ‘I Love You’, ‘Cinta Mati’, ‘Ternyata Cinta’ dan ‘Tuhan Tak Pernah Salah’ selain lagu baharu seperti ‘Jika Nanti’.
Bagi yang mahu menikmatinya boleh mendengarnya dalam semua platform muzik digital dan YouTube Samsons ya. - KitaReporters