Yuna di set penggambaran Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.


SETELAH lebih setahun industri filem kita  tidak dimeriahkan dengan kemunculan filem animasi tempatan terbaharu, barangkali 'Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends' yang bakal menemui peminat khususnya kanak-kanak bermula pada 25 Februari 2021 ini sesuatu yang dinanti-nantikan.

Malah lebih mengujakan apabila ia menjadi filem animasi pertama tempatan yang ditayangan di kaca televisyen pada tahun 2021 ini, di pawagam rumah anda melalui Astro First, saluran 480.

Tambah menarik, konsert ketiga terbitan Digital Durian dengan kerjasama Astro ini bakal menampilkan tiga penyanyi popular tanah air bagi menghiburkan penonton.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Didi & Friends:

https://kitareporters.com/search?search=didi+%26+friends




Mereka terdiri daripada penyanyi Malaysia yang melakar nama pada peringkat antarabangsa, Yuna serta penyanyi. komposer terbaik AJL tahun 2017 dan 2018, Hael Husaini dan rapper berbakat besar, Altimet

Yuna dijangka menyanyikan lagu ‘Bunga Matahari’, manakala lagu ‘Bingo 2020’ dinyanyikan oleh Altimet sementara ‘Rindu Serindunya’ oleh Hael Husaini.

Dengan cara norma baharu ini, animasi popular dan juga pemenang Program Prasekolah Terbaik pada Asian Television Awards ke-24, 'Didi & Friends' ini akan memberikan pengalaman berhibur di rumah mengikut waktu fleksibel.

Antara daya tarikan lain, ia juga menyaksikan kali pertama siri konsert ini dipadatkan dengan jalan cerita serta plot yang penuh drama. 

Jadi, penonton bukan sahaja dapat berhibur dengan lagu-lagu tetapi dapat berseronok dengan telatah setiap karakter.




Watak-watak utama, Didi, Nana dan Jojo akan tampil berbeza khas untuk konsert ini selain karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo

Bagi karakter nakal, ia menampilkan  Boon, Roon dan Mummy manakala karakter Omar & Hana akan muncul di dalam lagu ‘Ninja’.

Diacarakan oleh Kak Hani bersama Abang Paan, konsert berdurasi 90 minit ini akan mempersembahkan 33 buah lagu yang terdiri daripada 7 lagu baru, 7 lagu lama yang digubah semula serta 19 lagu daripada siri 'Didi & Friends'. 

Antaranya, ‘Rasa Sayang’, ‘Kalau Rasa Gembira’, ‘Mengantuknya Mumia’, ‘Bunyi Anak Haiwan’ dan ‘Rawr Rawr Raksasa’.


Hael Husaini bersama Didi di set penggambaran.

Lebih istimewa konsert ini akan dipersembahkan dalam dua bahasa, iaitu versi bahasa Melayu yang ditayangkan bermula 25 Februari 2021,  manakala versi bahasa Inggeris akan bermula pada 25 Mac 2021 nanti di Astro First.

“Kami yakin Astro First adalah platform yang terbaik untuk konsert ini dibawa secara menyeluruh dan lebih dekat kepada penonton, sekali gus mampu memberi impak dan fenomena dalam industri animasi tempatan,” ujar Pengarah Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad pula, dengan adanya dua versi bahasa, ia memberi penonton pilihan serta seluruh rakyat di luar sana untuk menikmati kandungan baharu.

“Pasti menyeronokkan apabila anak kecil dapat menyanyi serta menari bersama keluarga dan terus kekal di rumah. Kami percaya, filem ini mampu memberi hiburan di samping mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga,” jelas Raja Jastina sambil mengingatkan penonton bahawa mereka boleh saksikannya berulang kali selama 48 jam dengan bayaran hanya RM15. - KitaReporters

6
0
0
0
1

Copy Link: