PENULARAN berita palsu (fake) oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus banyak tersebar dalam media sosial walaupun sudah banyak kali dinafikan pihak berkuasa. Masyarakat nampaknya masih terus menyebarkannya terutama isu penularan siapa yang positif COVIC-19 sebagaimana yang terjadi kepada petugas pos. : KitaReporters

Setakat ini, tiada posmen dijangkiti virus COVID-19, sekali gus menafikan ada petugas pos yang positif jangkitan wabak.



Bukan sahaja individu tertentu yang menjadi sasaran dengan penularan berita palsu mengenai kematian pesakit COVID-19, malah petugas barisan hadapan yang sedang bertugas seperti kakitangan Pos Malaysia juga turut terkena dengan lambakan berita palsu. 

Posmen, yang turut menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama rakan petugas di barisan hadapan lain ketika PKP sekarang ini, tidak terlepas daripada menjadi pilihan pihak tidak bertanggungjawab mereka mencipta berita palsu terhadap mereka.

“Baru-baru ini ada pula satu klip audio berduarasi satu minit 23 saat dalam bahasa Inggeris yang disebarkan menerusi WhatsApp mendakwa kononnya ada seorang posmen positif COVID-19.” 

Itu keluhan warga posmen dalam Facebook Friends Of Posmen.

Dalam klip audio itu yang kononnya datang daripada seorang doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh, Selangor tersebar luas sejak seminggu lalu.

Pos Malaysia menafi kakitangannya telah dijangkiti virus COVID-19 daripada item penyerahan.




Selain itu, kini ada pula scammer (sindiket penipu) yang menyamar jadi wakil Pos Malaysia atau Pos Laju.

Scammer ini meminta data peribadi daripada pengguna kononnya untuk mengesan bungkusan.

“Bermacam-macam dugaan sungguh kepada abam Posmen dan Pos Laju ketika musim COVID -19,” satu lagi luahan rasa Posmen menerusi Facebook yang sama.

Scammer turut menyamar sebagai wakil Pos Malaysia dan Pos Laju.



Bagaimanapun, Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) telah mengeluarkan amaran berhubung penipuan tersebut.

"Kami menasihatkan para pelanggan kami agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya mmenerusi telefon, SMS, emel atau media sosial kepada mana-mana pihak yang memperkenalkan diri sebagai wakil dari Pos Malaysia atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya."

"Ini bertentangan dengan polisi syarikat kami dan dipercayai dilakukan untuk memperdaya da mendapatkan maklumat peribadi," jelas Pos Malaysia.

Pos Malaysia mengumumkan gangguan perkhidmatan Mel dan Bungkusan Antarabangsa

0
1
0
0
0

Copy Link: