TAKDE URUSAN JANGAN CUBA MASUK PAHANG!!
Published byPENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula pada 18 Mac 2020 dan sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2020, telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sebagai usaha utama membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak. Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil langkah membuat sekatan jalan bagi melarang masuk ke negeri ini. : KitaReporters
Pemeriksaan polis bagi menyekat pergerakan orang ramai ketika PKP
Tindakan kerajaan negeri Pahang yang melarang orang awam masuk tanpa sebab adalah satu usaha drastik bagi tujuan memutuskan rantaian jangkitan wabak yang mengerikan itu.
- Susah sangat ke arahan yang diberikan? Just stay at home!! Duduk di rumah dan jangan ke mana-mana.
- Nak balik kampung pun tunggulah sehingga tamat tempoh PKP dan arahan selanjutnya daripada kerajaan.
Membiarkan orang awan (dari luar Pahang) memasuki Pahang tanpa sebarang sebab munasabah akan membantutkan usaha kerajaan dalam membebaskan negeri ini daripada wabak COVID-19.
- Jangan sibuk nak masuk Pahang jika tiada sebab munasabab
“Jika tiada sebab kita tidak akan membenarkan orang awam (luar) masuk ke Pahang sesuka hati, pihak keselamatan yang membuat sekatan jalan di sempadan negeri tidak akan benarkan,” kata Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak di Kuantan pada Jumaat, 27 Mac 2020.
"Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk tidak membenarkan sesiapa melakukan pergerakan sesuka hati.
Polis yang membuat sekatan jalan raya di sempadan Pahang diminta supaya tidak membenarkan orang awam untuk masuk ke negeri ini dengan sesuka hati.
- Pahang ke arah sifar COVID-19
Katanya, setakat ini sudah terdapat tiga tangkapan dibuat di Pahang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan dibawa ke mahkamah.
Susah sangat ke nak patuh arahan yang diberikan. Just stay at home !! - Gambar hiasan
Syabas kerajaan negeri, polis dan tentera. Anda sedang berjihad berjuang membendung wabak ini daripada terus mengancam rakyat Pahang.
Putuskan rantaian COVID-19 dengan segera!!! - KitaReporters