Video| Malang bertimpa bagi Ebby Yus! Tapi kata Ebby, ada nikmat di sebalik kesakitan, kesusahan!

Published by
KitaReporters
e/
Ebby Yus redha dengan pelbagai peristiwa sedih yang dialaminya

SUDAH jatuh ditimpa tangga! Begitulah nampaknya nasib pelakon dan pelawak disegani, Ebby Yus, 56. Namun, seperti kata Ebby, ada nikmat di sebalik semua kesakitan dan kesusahan.

Umum ketahui bahawa Ebby mengalami beberapa penyakit serius sejak beberapa tahun kebelakangan. Dan akibat mengharung banjir bagi melihat rumahnya yang dalam pembinaan musnah, Ebby mengalami sakit semput serta cirit-birit dan terpaksa dirawat di hospital. 

Ebby dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ebby Yus


Gambar kenangan rumah impian sebelum dan selepas bencana banjir besar pada 18 Disember 2021


Sebelumnya pada Selasa 21 Disember 2021, Ebby muncul dalam program ‘MeleTOP’ di Astro Ria bagi menceritakan pengalamannya kehilangan rumah impiannya akibat dilarikan oleh banjir deras.

Ebby kemudian menjalani ujian imbasan x-ray bagi memeriksa keadaan paru-parunya. Hasil ujian itu Ebby didapati mengalami paru-paru bengkak dan berair.

Menurut penurus peribadinya, Ebby masih ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan berharap  menerima berita positif.

“Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk. Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya,” katanya kepada media.



Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid berdepan ujian bertimpa-timpa.

Pada Sabtu, 18 Disember 2021, mahligai impian yang dibina di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, Selangor dihanyutkan oleh arus deras banjir.

Rumah bernilai kira-kira RM200,000 itu dibina secara berdikit-dikit sejak empat tahun lalu hasil daripada pendapatannya dalam dunia seni. Rumah itu sudah 90 peratus siap dan bercadang untuk mula didiami pada akhir bulan Disember 2021 ini.



Pada Oktober 2021 lalu, pelakon dan pelawak ini mengalami serangan jantung ketika berada dalam pesawat untuk menunaikan umrah. Pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Maldives dan dirawat sehari di sebuah hospital

Selepas empat hari terkandas di negara itu, Ebby meneruskan penerbangan ke Tanah Suci Mekah bersama Ustaz Ashraf dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah.

Dua tahun lalu (2019), Ebby dilaporkan menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga dan masalah lemah jantung.

Ebby reda menerima pelbagai dugaan ketentuan Ilahi. - KitaReporters


14
14
0
13
0

Copy Link: