Video| Siti Nurhaliza jenguk mangsa banjir! Agih bantuan keperluan! Lancar Tabung Bencana Alam!
Published by/
Personaliti ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebak melihat kesengsaraan mereka yang menghadapi banjir besar mulai 17 Disember 2021 lalu lantas turun padang bagi menghulurkan bantuan keperluan berupa barang makanan untuk mangsa yang terlibat.
Atas dasar prihatin dengan masyarakat, beliau melancarkan Tabung Bencana Alam pada Ahad, 19 Disember 2021.
Lagi kisah-kisah duka berkaitan bencana banjir
/
Tabung ini disalur menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini.
/
“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kitafund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.
/
“Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam,” katanya dalam Instagramnya.
Dalam perkongsian videonya, Siti kelihatan sebak dan berdebar apabila terpaksa mengharungi banjir untuk menjalankan misi bantuan di beberapa lokasi kepada penduduk yang terjejas di Shah Alam, Selangor.
/
Beliau bersama suaminya, Khalid Mohamad Jiwa telah mengambil langkah pantas apabila turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Shah Alam, Selangor.
"Kita cuba sebaiknya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Saya tengok ramai juga insan-insan serta badan yang prihatin. Kami semua sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan," tambahnya.