Adakah ini wajah kesayangan anak kedua Siti Nurhaliza? Foto eksklusif daripada Jovian Mandagie?
Published byKredit foto: IG @ctdk
JUMAAT, 23 April 2021 masuk hari yang ke-5, penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, melahirkan anakanda keduanya, seorang putera yang sehingga kini belum disiarkan sepenuh wajah kesayangan anaknya itu melainkan jari jemari dan sisi ‘comel pipi merah’ bagaikan lagunya sahaja yang kelihatan.
Terbaharu, gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram Siti memperlihatkan wajah Aafiyah menatap adiknya yang turut menampakkan sebelah sahaja bahagian pipi dan mata si kecil yang tidur lena.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza
Sebelum itu, Siti memuat naik gambarnya sedang mempersiapkan si kecil untuk bersedia pulang ke rumah dari Hospital Thompson Kota Damansara dan bertemu kakaknya, Aafiyah.
Dalam pada itu, satu posting yang dimuat naik pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, 35, ketika mengucapkan tahniah atas kelahiran anak Siti menimbulkan tanda tanya, adakah ini wajah sebenar adik Aafiyah?
Jovian melalui instagramnya memuat naik sepenuhnya gambar seorang bayi (gambar bawah) dengan ucapan "masya-Allah sempurna ciptaan Allah, tahniah Kak Iti."Melihat pada komen-komen yang tertera, ramai yang berkongsi ucapan tahniah kepada ‘Tok Ti’ tetapi ada juga yang terkejut wajah si comel itu dimuat naik sepenuhnya oleh Jovian sedangkan Siti pun belum menyiarkan wajah kesayangan anaknya itu.
Seorang netizen yang menulis dalam bahasa Inggeris mempersoalkan adakah Jovian mendapat keizinan daripada Siti untuk menyiarkan gambar penuh anaknya itu dan Siti membenarkannya?
Tetapi itulah kenyataannya apabila dunia sudah maju dengan teknologi digital dan sosial media menjadi tempat orang ramai berkongsi berita, kita tidak mampu menyekat perbuatan orang sebagaimana kata netizen berkenaan, “saya percaya hanya ibu bapa yang berhak menunjukkan wajah anak mereka terlebih dahulu tetapi…."
Mungkin juga Jovian sudah mendapat keizinan Siti memandangkan penghibur negara itu seperti pendapat netizen terbabit menulis "mengetahui sikap Siti yang cantik barangkali dia berkata, tak apa, teruskan".
Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi keduanya itu, seberat 3.84kg pada 7 Ramadan 1442H bersamaan 19 April 2021 kira-kira jam 6.21 pagi menerusi pembedahan setelah hamil melalui kaedah persenyawaan in-vitro atau ringkasnya IVF pada tahun lalu.
Apa pun tahniah juga diucapkan kepada Tok Ti dan suami, comel anak pipi merah. - KitaReporters