PELBAGAI aktiviti dilakukan oleh setiap keluarga dalam memenuhi masa lapang sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PkPB) berikutan berlakunya pandemik COVID-19. Daripada beraktiviti di dalam rumah sehingga melangkau ke halaman rumah semuanya dilakukan secara bersama. : KitaReporters

 


Jadikan aktiviti berkebun sebagai aktiviti mengisi masa lapang. Badan sihat minda cerdas. 

Jangan jadikan PKP sebagai alasan untuk duduk bersenang senang tanpa berbuat sesuatu yang berfaedah. 

Jika ada ruang di laman rumah yang terbiar kosong dan dipenuhi rumput serta lalang, tukarlah ia menjadi kawasan tanaman tak kiralah tanam pokok bunga atau sayur-sayuran

Janji ada hasilnya. 

Puas hati melihat kehijauan tanaman hasil air tangan sendiri.

Anak-anak antara golongan paling terkesan dengan PKP. 

Mereka terpaksa berkurung sepanjang masa di dalam rumah sehingga satu tahap bersungut kepada mak ayah tidak dapat keluar bermain dengan rakan sebaya. 

Yang lazim dilakukan sekadar menonton televisyen dan bermain permainan video atau membaca. Lain daripada itu, apalah yang boleh dilakukan lagi.

Suri rumah, Maryani Che Ani, 42, mengambil pendekatan berbeza apabila memilih aktiviti bercucuk tanam sebagai memenuhi masa lapang anak-anak yang terluang kerana PKP. 

Ibu kepada empat cahayamata itu mengajak anak-anaknya untuk membersihkan halaman rumah yang dipenuhi dengan tanaman pokok bunga dan sayuran.

Maryani seorang suri rumah di Taman Seri Embun, Jerantut, Pahang, bersama anak-anaknya Ruknuddin  Mohammad Ridzuan, 12; Rais Rifai. 9; Riffat Rawi, 7; dan Rafifah Rahidah, 4, memulakan aktiviti berkebun pada waktu petang selepas berkurung sejak pagi. 

Setiap petang mereka "turun padang"  membantu  membersihkan kawasan kebun mini


Antara tanaman yang ada di laman rumah Maryani

Luangkan masa lapang dengan memilih aktiviti berfaedah untuk anak-anak.

Katanya, sejak pelaksanaan PKP,  anak-anaknya semakin bosan kerana tidak dapat bermain bersama rakan dan dia mula mencari satu aktiviti untuk menghilangkan perasaan bosan yang semakin mencengkam anak-anaknya itu.

"Anak-anak ini perlu dilayan dengan cara yang betul. Daripada membuang masa menghadap telefon bimbit bermain game dan menonton televisyen saya ajak mereka berkebun.

"Minat mereka mula berubah. 

"Kalau dulu, langsung tidak minat berkebun tetapi sekarang nampaknya mereka makin seronok kerana sudah mula kenal nama pokok pokok dan jenis sayuran.

"Sebelum ini anak-anak langsung tidak minat berkebun malah nak minta tolong siramkan pokok pun susah. 

"Tapi sekarang selepas waktu asar masing masing berebut hendak siram pokok atau mencabut rumput serta kutip sayuran," katanya.

Anak-anak Maryani seronok dapat menghabiskan masa senggang dengan membersihkan kawasan kebun mini di laman rumah mereka 

\

Gambar hiasan - https://www.facebook.com/ibu.kamalia


Gambar hiasan. - https://www.facebook.com/ibu.kamalia


Menurutnya, aktiviti itu bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi juga mengeluarkan peluh seperti orang bersenam. 

Nak berjoging tak boleh.. dapat mencangkul pun jadilah.

Maryani berkata, selain pokok bunga mereka juga menanam pelbagai jenis sayuran seperti sawi, kucai, bayam Brazil, terung dan cili bagi keperluan sendiri di samping pokok bunga. 
“Walaupun kawasan tanaman agak terhad ianya tidak menghalang kami untuk berkebun bersama-sama. 
"Kegiatan begini bukan sahaja menyeronokkan anak-anak tetapi dapat merapatkan hubungan kekeluargaan secara tidak langsung," katanya.
Ibu yang bijak pasti sentiasa memikirkan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. 

Berkebun pun salah satu kaedah mengeratkan kasih sayang sesama mereka. 

Semoga lebih ramai ibu seperti Maryani yang melayani anak-anak seperti ini. - KitaReporters

20
8
0
0
0

Copy Link: