Berita Terkini| PKP di Kelantan 14-21 April tak benar! Berita tular dalam media sosial palsu!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Menyebar berita palsu adalah satu kesalahan


BERITA mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April 2021 ini seperti yang tular dalam media sosial disahkan oleh pihak polis sebagai tidak benar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya kini sedang mengesan seorang lelaki yang membuat rakaman audio suara berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatsApps sehingga ia tular.

“Orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta salurkan maklumat. Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan ambil tindakan tegas jika terdapat perlakuan kesalahan mengikut  peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan Covid-19 di negeri ini (Kelantan) boleh dirujuk menerusi laman web Majlis Keselamatan Negara.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menularkan berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya terlebih dahulu kepada pihak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media pada 14 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters


0
1
1
1
0

Copy Link: