Video| Sepanjang Aryan di penjara, SRK bersembunyi daripada media! Menginap di hotel 5 bintang!
Published bySEJAK anak sulungnya Aryan Khan, 23, ditahan di Penjara Arthur Road, Mumbai selama 25 hari, bintang ternama Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) enggan ditemui atau diwawancara oleh pihak media.
Bagi mengelak daripada ditemui pihak media, SRK mengambil keputusan untuk tinggal di sebuah hotel lima bintang di Mumbai iaitu Hotel Tripent.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan SRK
Hotel bintang 5 tempat SRK menginap sepanjang Aryan ditahan. - Kredit foto: Google
Menurut keterangan dalam Internet, kos minimum penginapan adalah sebesar RM500 semalam. Hanya sejumlah kecil golongan yang rapat dan dipercayainya tahu tempat ‘persembunyian’nya itu.
Dan untuk pergerakan, SRK tidak menggunakan kenderaan jenis BMW kegemarannya. Sebaliknya, dia menggunakan sebuah kenderaannya yang jarang dipakai iaitu Hyundai Creta.
Menurut, India Today, kebijakan SRK menipu pihak media terbongkar apabila malamnya selepas Aryan dibebas, kereta Hundai Creta membawa SRK masuk ke Minnati dan para wartawan mencari fakta di mana SRK bersembunyi selama ini.
Kali pertama pihak media melihat SRK ialah ketika dia mengunjungi Penjara Arthur Road untuk bertemu dengan Aryan pada 25 Oktober 2021 lalu. Namun ketika itu dia enggan diwawancara media dan terus masuk dalam kereta.
Sementara itu, pelakon Juhi Chawla, rakan SRK menjadi penjamin Aryan dan dia menyerahkan cek bernilai 1 juta lakh (kira-kira RM550 ribu), kepada pihak mahkamah.
Aryan dijangka dibebas dari penjara hari ini, Sabtu, 30 Oktober 2021. - KitaReporters