Selamat Hari Raya Aidiladha! Tonton program menarik di Astro
Published byBERSEMPENA dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H pada 31 Julai 2020 ini, Astro akan menyajikan pelbagai program menarik buat seisi keluarga, merangkumi hiburan Islamik bersama tokoh-tokoh Islam negara, telefilem yang menampilkan nama-nama popular tanah air, drama bersiri, serta program kanak-kanak dan siri animasi. - KitaReporters
Lagi cerita-cerita mengenai Astro:
https://kitareporters.com/search?search=Astro
“Astro tetap dengan tradisinya untuk menyediakan pelbagai sajian nurani yang penuh bermakna dan bermanfaat, sesuai dan relevan buat tontonan masyarakat Islam di Malaysia khususnya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
"Mesej pengorbanan yang menjadi inti pati utama kandungan kami di kesemua saluran Melayu Astro juga dibawakan ke alam maya dengan platform digital kami, 'My Salam Muslim', bagi pilihan yang lebih fleksibel,” kata Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro.
Umum mengetahui disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda, komuniti Muslim di seluruh dunia tahun ini tidak dapat menunaikan ibadat haji yang merupakan salah satu tunggak utama bagi mereka yang beragama Islam.
“Dengan menyediakan pelbagai sajian nurani bagi mengimarahkan kedatangan bulan penuh keberkatan ini, kami berharap bahawa walaupun Tanah Suci Mekah itu ‘jauh di mata’, pengisian bermanfaat dalam program-program istimewa Aidiladha di platform Astro dapat meringankan kerinduan umat Islam dan membuatkan suasana keindahan ibadah Haji itu ‘dekat di hati’.
Naura, saluran gaya hidup Muslim moden mengukuhkan tema ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ dengan program Journey to Mecca, pada 31 Julai 2020 jam 3 petang, sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadat haji bagi para jemaah yang terdahulu, manakala pada jam 9 malam pula, saksikan Naura Shares bersama Ajak Shiro, di mana beliau akan berkongsi tentang perjalanannya menunaikan ibadat umrah bersama isteri dan anak-anak.’
Melalui saluran Astro Ria, khas buat pengikut artis BBNU, dihidangkan koleksi telefilem Raya BBNU yang dibintangi pelakon-pelakon muda As’ad Motawh, Sweet Qismina, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Eric Fuzi, Hanbyul, Syafiq Farhain dan ramai lagi antaranya seperti Batang Buruk Lesung Batu (31 Julai 2020, 10 pagi), Cerita Raya Luar Biasa (1 Ogos, 10 pagi), dan Aku Benci Kpop (2 Ogos, 10 pagi).
Dan buat peminat legenda Tan Sri P. Ramlee pula boleh menyaksikan kembali filem Nujum Pak Belalang (31 Julai, 1.30 petang), Pendekar Bujang Lapok (1 Ogos, 1.30 petang), dan Ali Baba Bujang Lapok, (2 Ogos, 1.30 petang), sementara yang meminati genre seram boleh pilih untuk menonton dua filem seram dari Indonesia, Syirik, pada 1 Ogos dan Iblis, pada 2 Ogos, jam 11 malam.
Beralih ke Astro Prima pula, saluran ini tampil dengan program bual bicara istimewa 'Mingguan Wanita' bagi Hari Raya Aidiladha, episod bertemakan ‘Hikmah Pembatalan Haji’ akan disiarkan pada Khamis, 30 Julai 2020, jam 12 tengah hari.
Saksikan tribut khas buat pelakon tersohor Allahyarham M. Rajoli seperti filem Quran Buruk (31 Julai), Liang Lahad (1 Ogos) dan Tanah Kubur (2 Ogos), semuanya jam 11 malam di saluran sama.
Peminat siri animasi Upin & Ipin juga bakal dihiburkan dengan musim kedua siri pendek Upin & Ipin Iqra mulai 31 Julai hingga 6 Ogos, jam 7 petang!
Selanjutnyua, kanak-kanak boleh terus berhibur dengan maraton istimewa bagi program Salam Squad di Astro Ceria di mana pada Jumaat, 31 Julai 2020, mereka berpeluang menyaksikan telefilem Salam Squad Kambing Bekkk! mulai 6 petang, diikuti dengan kesemua episod komedi bersiri Salam Squad 2.0 bersama PU Azman.
Pada hari yang sama juga, karakter Papa dan Pipi dari animasi Boboiboy bakal membuat tayangan perdana lagu mereka ‘Perut Papaku’ pada jam 10.50 pagi! Siri animasi Omar & Hana juga tampil dengan lagu-lagu baharunya setiap Jumaat, 11.30 pagi dan 3 petang.
Di saluran Astro Citra pula, istimewa buat peminat industri animasi Malaysia, saksikan Ejen Ali The Movie pada 31 Julai jam 11 pagi manakala pada jam 9 malam pula, terdapat filem drama Harim Di Tanah Haram (dibintangi Irwansyah, Sylvia Fully, dan Wawan Wanisar) dikuti kemudian oleh filem aksi blockbuster Furious 7 (dibintangi Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez) pada jam 11.15 malam.
Istimewa sempena Aidiladha di Astro Warna, penonton bakal disajikan dengan episod khas, Rumah No. 107 bersama tetamu jemputan PU Azman dan Imam Muda Ashraf pada Jumaat, 31 Julai 3030 jam 9.00 malam.
Program Lawak Tak Lagha musim kedua juga akan menutup tirai dengan episod terakhir bersama Ustaz Abdullah Khairi, Erma Fatima dan Pak Ya pada Khamis, 30 Julai, 9.00 malam.
Selain itu, penonton dapat terus meriahkan sambutan Aidiladha mereka dengan throwback Raya bersama kandungan terbaik seperti Sepahtu Reunion Al Raya 2017, 2019, dan 2020 dari 31 Julai hingga 2 Ogos.
Juga dari 31 Julai hingga 2 Ogos, Astro Warna menawarkan seleksi filem throwback Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 3 petang untuk tontonan seisi keluarga.
Bagi platform digital pula, My Salam Muslim berkerjasama dengan barisan artis popular Hady Mirza, Naqiu, Lah Ahmad, Mawi, Anas dan PU Azhar untuk bergabung suara mendendangkan talbiah yang diberi nafas baru.
Kesemua kandungan bagi platform digital My Salam Muslim boleh didapati dalam laman Instagram @mysalammuslim, Facebook Salam Muslim dan saluran YouTube rasmi My Salam Muslim.
Antara program yang menarik ditonton adalah 'Jurnal Haji Rasulullah' yang kini sudah bersiaran setiap Isnin dan Khamis menyaksikan Ustaz Don Daniyal berkongsi tentang nilai-nilai murni dan pengajaran dalam sejarah agung perjalanan Haji Rasulullah SAW yang boleh dijadikan inspirasi dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Jom nikmati seketika episod 1 yang bertajuk 'Hikmah DiHalang Masuk Ke Makkah' yang telah bersiaran pada 21 Julai 2020 lalu.
Jadi, jika ada program-program yang anda terlepas atau ingin menikmati, jangan lupa, tandakan kalendar anda awal-awal supaya tidak terlepas lagi ya.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1441H! - KitaReporters