Berita Terkini| Hanya 3.3% rakyat Selangor divaksin! Terlalu kecil berbanding kes positif harian

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Jumlah penduduk di Selangor yang telah terima vaksin masih kecil berbanding  bilangan penduduk. - Kredit foto: Free Malaysia Today


HANYA 3.3 peratus atau kira-kira 220,000 orang daripada jumlah keseluruhan penduduk di Selangor telah menerima suntikan vaksin hingga 17 Mei 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata angka itu dianggap terlalu kecil ketika kes positif harian di negeri itu cecah empat angka setiap hari.

“Jumlah itu adalah rendah jika dibandingkan dengan nisbah penduduk di Selangor kini yang mencecah 6.7 juta orang. Malah, sangat rendah berbanding negeri lain seperti Pahang, Sabah serta Kuala Lumpur.

“Kerajaan Pusat perlu memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menggagas jumlah vaksin yang diperlukan bagi ‘memagar’ penduduk di negeri ini supaya kes angka harian tidak bertambah.

“Jumlah vaksin yang perlu diberikan kepada rakyat di Selangor perlukan mengikut nisbah kepadatan penduduk bagi mengekang pertambahan jumlah kes harian,” katanya dipetik oleh Kosmo, 20 Mei 2021.

Dr Siti Mariah turut mengesahkan kerajaan negeri telah membuat pembelian 2.5 juta dos vaksin Covid-19 menerusi Selgate Corporation bagi membantu hampir sejuta golongan pekerja yang menyumbang kepada 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar negara. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: