Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan sebuah rumahtangga  yang aman, bahagia dan hidup berkasih sayang hingga ke akhir hayat. Tetapi berlainan pula dengan seorang isteri yang baru lapan belas bulan berkahwin ini sudah mula merasakan bosan dan sanggup meminta cerai kerana suaminya seorang yang sangat baik. : KitaReporters

Gambar hiasan - Kredit foto: Reuters


Lagi cerita-cerita suami isteri:

https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri


Apa sudah jadi? Kebiasaannya isteri akan menuntut cerai kerana tidak tahan dengan perangai suami yang panas baran, kuat cemburu, kaki pukul (dera isteri) atau ada perempuan simpanan, bersikap curang dan lain-lain lagi.

Di India, seorang wanita Islam yang baharu berkahwin bertindak nekad memfailkan tuntutan cerai ke atas suaminya di sebuah mahkamah syariah.

Kejadian pelik dan aneh ini telah mendapat perhatian ramai khususnya umat Islam, juga telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka.

Adat tradisi  dalam majlis perkahwinan pasangan Islam di India. - Kredit foto Zawaj.com


Memetik laporan media India New England, seorang isteri berasa bosan kerana suaminya sangat baik dan tidak pernah memarahinya, walaupun dia kerap kali melukakan hati suaminya.

Sepanjang tempoh 18 bulan hidup bersama, wanita itu turut mengakui suaminya  selalu melafazkan perasaan cinta terhadapnya.

Kadang-kadang dia masak dan tolong saya buat kerja rumah. Setiap kali saya buat salah dia akan maafkan saya,” ujar wanita itu.

Wanita “bosan” ini  sudah tidak mahu lagi meneruskan perhubungan rumah tangga kerana suaminya itu tidak pernah melawan cakapnya dan sebaliknya sentiasa menuruti apa keinginannya.

Tambahnya, suami tidak pernah bergaduh dengannya apatah lagi meninggikan suara.

Mahkamah Syariah India telah menolak pemohonan cerai wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai perbuatan “melulu” dan tidak masuk akal.

Malah, pihak mahkamah meminta agar pasangan itu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka sendiri dengan cara yang baik dan harmoni.


Pada tahun 2019, Khaleej Times Report juga turut melaporkan seorang wanita telah meminta cerai daripada suaminya dengan alasan mempunyai seorang suami yang sangat baik.

Ceritanya, sama kes yang dialami wanita India ini kerana merasakan jemu dan muak dengan rumah tangga yang aman dan harmoni.

Namun,suaminya telah meminta pihak mahkamah syariah Fujairah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) membatalkan permohonan isterinya untuk bercerai.

Moral cerita asam garam hidup berumah tangga dunia hari ini sudah terbalik agaknya apabila perkara kebaikan si suami sudah mula tidak lagi dicari atau dikehendaki oleh seorang wanita (isteri).Agak-agaknya suka yang "brutal" atau lagi mental kot? - Kitareporters


Sumber: 

https://indianewengland.com/2020/08/indian-wife-seeks-divorce-from-perfect-husband-because-he-does-not-fight-with-her/

 https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-minta-cerai-bosan-suami-terlalu-baik-dan-kemas-rumah-tanpa-disuruh-215870

0
1
2
0
0

Copy Link: