Jom lawat Terengganu, boh! 22 acara disediakan! Isi kalendar pelancongan 2022! Macam-macam ada!
Published byKERAJAAN Terengganu menyenaraikan sebanyak 22 acara bagi mengisi kalendar aktiviti pelancongan yang akan diadakan sepanjang tempoh tahun 2022 ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri itu.
Menerusi usaha itu Jabatan Pelancongan Negeri telah merangka
pelbagai aktiviti kebudayaan dan pelancongan, termasuk bertaraf antarabangsa
bagi menarik kehaadiran pelancong sepanjang tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, pemilihan acara-acara dalam kalendar utama mempunyai impak dan kekuatan tersendiri selain mampu menjadi daya tarikan kepada pengunjung yang datang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelancongan
Ariffin Deraman
Katanya, Kerajaan negeri mempunyai harapan tinggi dalam menjadikan Terengganu sebagai negeri yang bukan sahaja menawarkan destinasi menarik, tetapi menyajikan pengalaman pelancongan melalui penganjuran acara.
“Hasrat melaksanakan ‘Calendar For Event’ (COE) atau Kalender Acara sebelum ini agak tergendala kerana kita berdepan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, namun kini agak beransur pulih,” katanya.
Untuk itu, katanya, kerajaan sudah melancarkan COE supaya dapat menjadikan Terengganu destinasi terpenting bagi kedatangan pelancong khususnya pelancong tempatan dan sebenarnya, kita juga menjemput pelancong-pelancong luar untuk datang berkunjung,” katanya.
Ariffin (baju batik) melancarkan Kalender Pelancongan Negeri Terengganu 2022 pada 23 Januari 2022
Beliau berkata, terdapat beberapa acara baharu yang menarik bakal disajikan kepada pengunjung yang datang ke negeri ini.
Menurutnya, pada tahun 2022 ini, "kita buat kesesuaian semula dengan memperbanyak acara menarik pada peringkat daerah dan kita ambil sebahagian daripadanya ke dalam kalendar utama kita.
“Antara acara yang dijangka menjadi tumpuan adalah Karnival Beautiful Terengganu pada bulan Februari ini yang akan diadakan sempena pembukaan Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir dengan kerjasama Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (Terengganu Inc) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)."
“Pelbagai acara menarik akan diadakan dan lebih unik, perasmian acara akan dilakukan pada sebelah malam yang mana tidak pernah diadakan di Tasik Kenyir sebelum ini,” katanya.
Selain itu, antara acara yang turut diadakan ialah Festival Warisan Sungai (Mac), Karnival Candat Sotong (April), Karnival Budaya Terengganu (Jun), Karnival Pantai (Julai), Terengganu International Air Festival (Ogos), Tenggiri Challenge dan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (September), Alami Rasa Terengganu (Oktober), Tasik Puteri Jet Ski Challenge (November) dan Monsoon Casting Tournament (Disember).
Untuk maklumat lanjut, perkembangan aktiviti-aktiviti menarik pelancongan negeri Terengganu dapat diketahui menerusi pelbagai laman sosial rasmi ‘Beautiful Terengganu Malaysia’ dan twitter @trgtourism. - KitaReporters