Video| Abang Siti Sarah dah buka mata di ICU! Shuib pula cuba kembalikan keceriaan anak-anak!
Published byMohon doa agar abang ipar saya sembuh, Shuib. - Gambar Siakap Keli
TANAH di pusara isterinya masih lagi merah, Facebook dan Instagram milik pelawak, pelakon Shuib Sepahtu kembali penuh dengan ucapan doa daripada ramai artis dan para peminatnya selepas abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin pula dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami paras oksigen rendah pada pagi Khamis, 12 Ogos 2021.
Namun perkembangan terkini, Shuib memaklumkan bahawa abangnya sudah kembali membuka matanya selepas ditidurkan sejak semalam, Khamis, 12 Ogos 2021. Alhamdulillah!!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Bak jatuh ditimpa tangga, Shuib Sepahtu kelihatan sebak dan risau apabila diberitahu abang iparnya itu dimasukkan ke ICU kerana kesihatan menjadi tidak stabil dan doktor perlu merehatkan paru-paru daripada aktif.
Sebelum ini Shuib atau Shahmira Muhammad kehilangan isterinya, Siti Sarah Raissuddin akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Arwah bagaimanapun selamat menjalani pembedahan mengeluarkan anak bongsu mereka, Ayash Affan pada 6 Ogos.
Dalam Facebooknya, Ahmad Firdous turut memberitahu perkembangan terbaharunya, selepas bertahan dua hari bertahan akhirnya pada pagi Khamis dia terpaksa dipindahkan ke ICU dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan agar cepat pulih.
Ahmad Firdous tahu mengenai berita kematian adiknya dan memohon orang ramai memberi sedekah Alf-Fatihah sambil memberitahu dia masih dapat bertahan melawan Covid-19 tahap 4 yang sedang dilaluinya.
Dia dimasukkan ke Hospital Serdang kemudian dipindahkan ke ICU dan ditidurkan (intubate) sejak jam 5 pagi, Khamis 12 Ogos 2021 boleh membolehkan paru-parunya berehat.
Ahmad Firdous Raissuddin sekeluarga.
Perkara itu kemudian disahkan oleh Shuib Sepahtu di Instagram (IG), pada awal pagi Khamis itu.
"Assalamualaikum semua, Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan abang ipar saya, (iaitu) abang kepada arwah dimasukkan ke ICU. Doktor hendak rehatkan paru-parunya. Sebelum ditidurkan paras oksigennya adalah 95 peratus .
Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous bin Raissuddin semoga diberi kesembuhan segera. Amin Ya Rab,” katanya. Ahmad Firdous disahkan positif Covid-19 pada 2 Ogos 2021 lalu.
Terkini Shuib memberitahu, abang iparnya itu sudah membuka matanya selepas ditidurkan pada awal pagi Khamis, 12 Ogos 2021. Daripada gambar yang disertakan, Ahmad Firdous nampak ceria dan kuat.
Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan. Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus berkenaan.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat wabak itu.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Kuala Lumpur.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.45 tengah hari, Isnin 9 Ogos lalu.
Datuk Ziela Jalil.
Dalam pada itu, penerbit filem yang juga pelakon tersohor sezaman dengan bapa mereka, Raissuddin Hamzah, Datuk Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil menyampaikan rasa sedih di hati dengan memohon semoga Allah memberikan kesembuhan dengan segera buat Ahmad Firdous Raissuddin.
"In Sha Allah, Ahmad Firdous Raissudin kuat untuk lawan Covid-19. Jangan cepat menyerah kalah. Terus lawan, lawan, lawan dan ingat Allah selalu ada bersama. Semoga cepat sembuh sihat macam biasa dan dipermudahkan segala urusan. Aamin," demikian komen seorang lagi netizen, Amidah Draman
Penyanyi Anuar Zain (gambar) dalam komennya berkata, "Aamiin Yaa Rabb.. semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat Ahmad Firdous Bin Raissuddin… Semoga dipermudahkan segala urusan beliau."
Penyanyi Zarul Umbrella turut memuatkan catatan doanya, "Ya Allah Ya Tuhanku Engkau bagilah kesembuhan pada adinda Ahmad Firdous Bin Raissuddin.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani."
Datin Emylia Rosnaida (gambar bawah) hanya mampu mengucapkan "Allahuakhbar semoga dipermudahkan, kami doakan semoga cepat sembuh."
Dalam pada itu, Shuib juga mula "merawat" kedukaan anak-anaknya dengan membelanjakan mereka Bubblebee sambil memberitahu, selalunya tugas itu dilakukan oleh arwah ibu mereka.
Katanya anak-anaknya pun sudah beberapa hari selesai menjalani kuarantin di rumah dan sangat teringin untuk menikmati minuman keluaran rangkaian syarikatnya.
"So hari ini kita layankan diorang dengan Bubblebee, bagi dia orang Happy, Alhamdulillah #SentiasaRindu @bubblebeemalaysia_hq." - KitaReporters