BUTAK ialah seorang budak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak lakukan di kampungnya.  Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. Pelarian itu akhirnya membawa Butak ke Mekah, di hadapan Kaabah. : KitaReporters

'Butak' lakonan Izuan Fitri akan disiarkan di pawagam rumah anda melalui Astro First.


Lagi cerita-cerita berkaitan filem:

https://kitareporters.com/search?search=filem


Pengarah prolifik, Sabri Yunus yang sering dikenali dengan karya-karya sastera serta elemen yang dekat dengan kehidupan masyarakat  kembali dengan buah tangan terbaharunya, ‘Butak’ yang akan terus ke pawagam rumah anda 8 Oktober 2020 ini.

Bakal disiarkan di Astro First (saluran 480), filem karya Sabri kali ini mempertaruhkan pelakon remaja yang juga pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik Seri Angkasa 2016, Izuan Fitri sebagai tunggak utama.




Bukan  itu sahaja, 'Butak' menggabungkan pelakon-pelakon hebat senior dan baru antaranya Bohari Ibrahim, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Abdullah, Ahmad Nizam Bahari dan Sabri Yunus sendiri turut membuat penampilan sebagai Pak Man. 

Menariknya karya-karya Sabri Yunus, beliau sentiasa perjuangkan karya berkisar tentang adat dan kebudayaan serta sarat dengan mesej-mesej kerakyatan.

Dan kali ini juga melalui ‘Butak’, Sabri tidak ketinggalan menyelitkan mesej positif kepada penonton melalui cerita remaja.

Apakah mesej itu, anda sebagai penonton perlu mencungkilnya, itulah hasrat Sabri Yunus waima manusia rambut sahaja hitam tetapi penerimaan seseorang itu terhadap sesuatu perkara seringkali dilihat dalam perspektif berbeza.

Khabarnya, kisah filem ini diinspirasikan daripada sebuah novel karya Yahya Awang berjudul 'Buntat... Kisah Pengembaraan ke Mekah' namun Sabri hanya mengambil bab pertama dari novel tersebut untuk difilemkan manakala 'Butak' adalah panggilan lokal bagi budak bernama  'Buntat' itu.

Sabri Yunus memberikan arahan kepada barisan pelakon ketika penggambaran di Taiping pada 2018.


“Ia mengenai seorang remaja nakal tetapi cerdik yang mahu berubah dan kesedarannya itu mula timbul apabila mendengar dosanya boleh diampunkan Allah apabila bersujud dan berdoa di depan Kaabah di Mekah di mana di kota suci itu juga ibunya dikebumikan,” cerita Sabri Yunus kepada penulis sewaktu penggambaran filem itu berlangsung di Taiping kira-kira dua tahun lalu.

“Kisah Butak ini, antara sentuhan Sabri Yunus yang mengisahkan bagaimana seorang budak remaja yang sering dibenci oleh orang kampung kerana kenakalannya. Tetapi pada hakikatnya, Butak merupakan seorang remaja yang berjiwa murni dan jauh disudut hatinya, insaf ingin bertaubat kepada yang Esa,” ujar penerbit filem Butak dari Two Tones, Amru Najmi Osman.


Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Istimewa buat penonton Astro, kami tampilkan filem genre fiksyen terus ke pawagam rumah anda, Astro First. Kami harap 'Butak' bukan sahaja mampu menghiburkan penonton malah turut dapat menyampaikan mesej tersurat dan tersirat yang dipersembahkan dengan cara kreatif sebagai pengajaran kepada masyarakat dalam kehidupan seharian.” 

‘Butak’ mengisahkan tentang Butak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak lakukan  di kampungnya. 

Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. 

Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat haji dan pahala yang boleh diperoleh membawanya ke Pelabuhan Penang. 

Terdetik di hatinya untuk menaiki kapal merasai pengalaman sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapannya yang lalu untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. 

Nak tahu apa kesudahan kisah ‘Butak’ bolehlah menontonnya di pawagam Astro First mulai 8 Oktober 2020 ini di mana dengan hanya RM15, penonton boleh menyaksikan sentuhan terbaharu daripada pengarah Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang Butak menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. - KitaReporters



Antara adegan-adegan filem televisyen 'Butak' dan di sebalik penggambaran di Taiping (video bawah).

20
3
1
0
1

Copy Link: