Tahniah! Percintaan Puteri Aisyah, Firdaus bersemi dengan sekali nafas! Janji sehidup semati!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: IG Puteri Aishah


Percintaan antara pelakon Puteri Aishah Sulaiman, 27, dan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman, 28, bersemi dengan sekali lafaz. Dan kedua-duanya berJanji sehidup semati. 

Majlis akad nikah berlangsung di Ballroom, Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Ahad, 21 November 2021 kira-kira jam 11.15 pagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan


Puteri Aishah dan Firdaus bertukar barang hantaran setelah diakad. - Kredit foto: CTS Production

Majlis diadakan secara tertutup dengan mematuhi protokol kesihatan dan hanya disertai ahli keluarga terdekat.

Puteri Aishah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dan disaksikan oleh bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.

Puteri Aishah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran. Sementara pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. 

Firdaus menjalani acara ijab kabul. - Kredit foto: CST Production

Menurut Puteri Aishah, Firdaus memiliki ciri-ciri lelaki idamannya dan dia tidak melarang dia daripada terus berlakon.

Dan Puteri Aishah berkata, dia akan menggunakan kebenaran berlakon sebaik-baiknya tanpa mengetepikan tanggungjawab sebagai isteri.

Puteri Aishah ketika ditemui media meluahkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak tercapai.

Puteri Aishah dan Firdaus duduk atas pelamin setelah sah menjadi suami isteri. - Kredit foto: CST Production

"Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu. Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan.” kata Puteri Aishah.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan Puteri  Aishah dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih rekaan Rizman Ruzaini.




Kredit foto-foto: IG Puteri Aishah


Majlis resepsi pasangan ini diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Puteri Aisyah yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan ini bergiat dalam bidang lakonan sejak 2013 dan telah berlakon dalam puluhan drama panjang dan drama bersiri dan membintangi sebuah filem iaitu ‘Pulang’ pada 2018. - KitaReporters


14
8
0
14
1

Copy Link: