Video| Nikoh Jom! Romantisnya! Engku Emran lamar Noor Nabila di atas awan, dalam belon panas!

Published by
KitaReporters


TAK ada angin tak ada ribut tiba-tiba nikah… semua terkejut dengan pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran pada hari ini, Jumaat 19 Mac 2021, walaupun hubungan mereka pernah dihidu sebelum ini. Tapi kedua-dua mereka hanya membisu tanpa memberi kata pengesahan hingga tersebar gambar pasangan mempelai anggun di persandingan hari ini.

Terbaharu selepas sah dijab kabul, syarikat belon panas yang menyaksikan perjalanan cinta pasangan itu sebelum bergelar pasangan suami isteri berkongsi cerita Nabila dilamar oleh Engku Emran.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Engku Emran dan Noor Nabila:

https://kitareporters.com/search?search=Engku+Emran

https://kitareporters.com/search?search=Noor+Nabila



Menerusi Instagramnya, @myballoonadventure berkongsi bagaimana Engku Emran melamar ibu kepada Jebat Jayden itu dengan cara unik di atas awan.

“Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua-dua mempelai ini,” kongsinya.

Dalam video yang dimuat naik, pasangan itu dilihat romantic di atas awan sebelum Engku Emran mengajak Nabila memandang 'sesuatu'  dari aras udara yang ditulis “Nikoh Jom’ yang terdampar di tanah.

Alahai sweetnya...





Malah reaksi kakak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa itu hanya tergelak manja sebelum menjawab 'okey' selepas melihat kain rentang ditempah khas bagi melamar dirinya.

Turut kelihatan Nabila menunjukkan seurat cincin pada jari manisnya mungkin tanda dilamar sang putera.

Terdahulu, @myballonadventure itu menjelaskan pihaknya terpaksa merahsiakan perkara berkenaan atas permintaan kedua-dua pihak.

Lebih mengujakan dalam kejutan berkenaan, pihaknya turut menampilkan penyanyi, Ferhad dengan menyanyikan beberapa lagu.




Kreatifnya Engku Emran patutlah Nabila boleh jatuh cinta.

Sementara itu, menjenguk pada ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan agar pasangan itu terus bersama sehingga akhir hayat.

Beruntungnya Nabila memiliki seorang suami yang romantik dan penyayang, semoga mahligai yang dibina kali ini kekal sehingga ke anak cucu. 

Semoga Allah titipkan kebahagiaan dan keberkatan dalam bahtera perjalanan cinta mereka hingga ke Jannah Insya-Allah. - KitaReporters

3
7
2
0
5

Copy Link: