JIKA ‘Comel Pipi Merah’ dicipta buat anak sulungnya, Siti Aafiyah, kini penyanyi terkenal, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin menghadiahkan pula lagu ‘Anakanda’ buat bayi kedua yang bakal dilahirkan pada sekitar April 2021.

Lirik lagu “Anakanda’ ditulis oleh kakak iparnya yang juga pengurus peribadinya, Rozi Abdul Razak merupakan antara lagu-lagu klasik kanak-kanak yang dimuatkan dalam album terbaharunya, ‘Legasi, Khazanah Klasik Kanak-Kanak’.

Pun begitu, Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti melancarkan single Medley Klasik Siti 1 terlebih dahulu sambil membuka tempahan ‘preorder’ (pratempahan) album fizikal sepenuhnya yang bakal berada di pasaran 1 April 2021.

Medley (aneka) Klasik Siti 1 mengandungi empat lagu seperti Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-amai, Suriram dan Bunga Matahari.

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza





“Banyak cabaran yang saya lalui ketika merakamkan album ini walaupun nampak senang sebab lagu kanak-kanak tetapi disebabkan sarat mengandung agak sukar untuk mengawal pernafasan apatah lagi melodinya pun telah digubah baharu,” akui Siti pada majlis '2 Legasi: Dato Seri Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah Khalid' yang turut meraikan ulang tahun kelahiran Aafiyah ke-3 di Skypark Cyberjaya pada petang Khamis, 18 Mac 2021.


Aafiyah muncul ke dalam dewan menaiki kereta mainan automatik model Ferrari.



Pun begitu kata Siti, beliau mampu menghabiskan rakaman untuk albumnya itu dalam masa tiga hari.

“Terdapat 7 trek lagu kanak-kanak klasik, 2 trek lullaby serta lagu “Anakanda’ di mana kebanyakan lagu merupakan lagu-lagu yang mengimbau kenangan saya sewaktu kanak-kanak seperti Bunga Matahari, Burung Kakak tua, Suriram dan Buai Laju-Laju,” tambah Siti.

Dalam pada itu, ibu hamil ini tidak ketinggalan merakamkan semula lagu ‘Anakku Sazali’ dalam versi baharu dengan liriknya diubah kepada ‘Anakku Sayang’.


Foto kredit: Siti Dimiatri.


Majlis ‘Legasi’ turut menyaksikan pelancaran minuman jeli berkhasiat yang dibuat khas untuk kanak-kanak, ‘Beaukids Aafiyah’ oleh BeauSiti X Wonderlab, diperbuat daripada puri strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiat dengan multivitamin antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan asid folik.

“Selain itu, minuman berkhasiat ini juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan. Ia bukan sahaja enak tetapi boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat,”  ujar Tok Ti.



Berharga RM59.00 sekotak yang mengandungi 10 pek minuman berkhasiat setiap kotak, ‘Beaukids’ dijangka akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada bulan Mei 2021 menerusi dua cara iaitu dengan pembelian daripada SItiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab).

Khabarnya, hanya sebanyak 15,000 unit BeauKids edisi terhad akan dibekalkan dengan berus gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma di mana selepas itu pembeli akan hanya diberikan produk Beaukids sahaja.

“Sebagai seorang ibu, saya inginkan yang terbaik untuk Aafiyah supaya beliau membesar dengan sihat, cerdik dan aktif. Ini telah mencetus idea untuk menghasilkan produk terbaharu ini agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama semua ibu-ibu di luar sana. 


Siti turut menerima Anugerah Emas dan Platinum atas pencapaian album-albumnya.


"Apatah lagi dalam tempoh negara berdepan COVID-19, minuman berkhasiat ini memang bagus kerana ia tiada campuran gula malah membantu meningkatkan sistem imun badan anak-anak,” sambung Siti sambil berpesan agar mereka yang terkesan dengan isu pandemik bukan penghalang untuk terus mencapai kejayaan.

“Jangan berhenti berusaha, sungguhpun saya sarat mengandung dan turut berdepan pandemik tetapi saya tetap terus aktif menyelesaikan segala tugasan sebelum berehat sepenuhnya pada April (2021) sehingga bersalin,” akhiri Siti sambil memohon agar semua mendoakan beliau bersalin dengan selamat dan bayi pun sihat. - KitaReporters


22
6
1
2
0

Copy Link: