Video| Wahai wartawan muda! Pertandingan Wartawan Muda Kemanusiaan 2022! Media dan kemanusiaan!
Published byPertandingan Wartawan Muda Kemanusiaan (YHJC) 2022 dilancarkan pada 9 Mei 2022 untuk memperingati 50 tahun tindakan kemanusiaan dan kewartawanan.
Tema untuk pertandingan tahun ini ialah "Tindakan kemanusiaan di dalam dan di luar Malaysia - pengajaran dari masa lalu dan cabaran yang muncul" dan "Undang-undang kemanusiaan antarabangsa - mengurangkan penderitaan manusia".
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan laporan media mengenai isu kemanusiaan dan untuk menggalakkan belia mencari secara proaktif sudut cerita yang boleh memberi impak positif kepada komuniti dan negara.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan agensi antarabangsa ICRC
Pertandingan tahun ini amat bermakna kerana ia menandakan sambutan jubli emas penganjur, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), yang kedua-duanya telah ditubuhkan di negara ini pada 1972.
Selain itu, tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 penyertaan Malaysia ke Konvensyen Geneva yang membentuk teras undang-undang kemanusiaan antarabangsa (UUKA).
“Kami berbesar hati untuk meraikan tahun istimewa ini dengan menggalakkan golongan muda di Malaysia melaporkan kisah kemanusiaan selama 50 tahun yang lalu,” kata Biljana Milosevic, ketua delegasi serantau ICRC di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media pada 9 Mei 2022.
Beliau menambah bahawa peningkatan kesedaran dan pemahaman tentang UUKA boleh menyediakan lensa kemanusiaan di mana media boleh melaporkan isu-isu kemanusiaan.
Profesor Madya Dr. Massila Hamzah, dekan di FKPM, UiTM, menggesa wartawan muda dan belia yang bercita-cita menjadi wartawan untuk menyahut cabaran ini kerana rasa ingin tahu yang tulen dan laporan kemanusiaan intuitif mereka boleh membawa perubahan yang sangat positif untuk komuniti yang rentan.
"Kami juga menggesa belia hari ini untuk mempertimbangkan tindakan kemanusiaan yang telah mengurangkan penderitaan manusia, termasuk mempromosikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya dalam kenyataan yang sama.
Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei setiap tahun.
Disokong oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur antara 18 dan 30 tahun di Malaysia, dan juga rakyat Malaysia yang menetap di luar negara. Penyertaaan pertandingan ini boleh dibuat sama ada dalam format esei atau video.
Menurut kenyataan tersebut, hari terakhir penyerahan untuk pertandingan ialah 11 November 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster pertandingan atau layari laman web penganjur dan organisasi sokongan, atau emel [email protected]. - KitaReporters