HAHAHA, kelakar sangat!! Paparan sebuah video "prank" (gurauan) seorang adik kecil yang mahu melepaskan hajatnya di hutan menjadi tular apabila disergah dengan bunyi seekor babi hutan oleh seseorang individu yang tidak dikenali. Video yang berdurasi 12 saat itu menyebabkan gelak tawa yang terbahak-bahak kepada sesiapa sahaja yang menontonnya dengan aksi "spontan" yang dilakukan kedua-dua entiti nakal tersebut. : KitaReporters

Seorang adik kecil dipercayai ingin membuang air besar di hutan



Bayangkan bagaimana perasaan kita jika mana kita selesa nak menzahirkan hajat, tetapi kemudiannya terpaksa lari ketakutan dek terdengar bunyi haiwan yang bahaya dan ganas itu.

Menjejes-jejes bukan??

Terkejut mendengarkan suara babi semasa hendak melepaskan hajat


Ramai beranggapan perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana menyekat hajat adik kecil tersebut yang mahu membuang air besar.

Ketawa, ketawa juga fikirkanlah jika terjadi pada kita!! Tidak cukup persegi tanah kita lari??

Kejadian itu bagaimanapun dirahsiakan oleh tuan yang memuat naik video itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku antara mereka.

Video yang memaparkan hajat adik tersebut yang mahu membuang air besar disergah dengan bunyi binatang yang menakutkan.  - Kredit video: FB Wani Zake



Bagaimanapun perdebatan bunyi haiwan itu menjadi isu dan kemasalahatan besar antara banyak netizen dalam ruang laman sosial. 

"Bunyi babi hutankah atau bunyi harimau?"... Kelakar betul la pulak!

Masing-masing mempersoalkan dan mencari solusi suara berkenaan.  Alahai!! 

Teringat penulis pada waktu tradisional dahulu, hutan dan sungai menjadi lokasi kegemaran ayah-ayah untuk melepaskan hajatnya.

Biarpun ditemani dengan nyamuk dan unggas-unggas hutan, kenikmatan dan kepuasan membuang air besar adalah sesuatu yang diutamakan.


Respons netizen yang rata-ratanya memberitahu adegan bersahaja itu kelakar


Memang jijik! Tapi itu adalah realiti sebenar waktu dahulu.

Berbanding zaman moden sekarang, rokok dan vape (rokok elektronik) menjadi peneman setia di mana sahaja untuk melepaskan hajat!

Bagaimanapun penulis ingin berpesan, cintailah dan peliharalah hutan dan sungai kita agar kekal bersih dan tidak terjejas.

Yalah! Kalau sudah tidak tahan, mana boleh dikepit-kepit lagi!!

Kelak menjadi penyakit dalaman pula, lagi berbahaya.

Kejadian kecil ini adalah sesuatu yang terpencil dan jarang-jarang berlaku, namun harus kita beringat jangan mudah dan kerap melakukan perkara sedemikian, takut nanti "bengkak!". - KitaReporters

1
2
1
14
1

Copy Link: