Video| Usia dah 50, hati Mas Idayu kembali berbunga! Untuk kahwin lagi selepas 15 tahun menjanda!
Published bySELEPAS 15 tahun hidup menjanda dan membesarkan anak perempuan seorang diri sehingga menjadi anak dara, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu (Masidayu Mesnan) tidak terfikir untuk mempunyai pasangan hidup baharu dalam menjalani hari-hari tuanya.
Namun dia tidak dapat menolak soal maut, jodoh dan rezeki di tangan Illahi.
Ketika usianya telah memasuki 50 tahun pada 10 Januari 2022 lalu, perasaan cinta kembali muncul seperti pada zaman remajanya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bertemu jodoh
Dalam keterangan kepada sebuah media, Mas Idayu menyatakan hatinya sudah dipikat oleh seorang pengiat belakang tabir dalam industri hiburan.
Namun Mas Idayu masih merahsiakan nama lelaki itu dan berapa usianya.
Cuma Mas Idayu menyatakan kedua-duanya sedang mengenali isi hati untuk menuju fasa seterusnya. Hubungan mereka mula rapat sejak awal tahun 2022 ini.
Menurut Mas Idayu yang popular dengan lagu 'Cintaku 100 Persen', hubungan mereka direstui anaknya, Nur Dayini Asyiqah Raja Aman Shah, 25, dan ini memudahkannya untuk melangkah lebih jauh.
Sebelum ini penyanyi dangdut yang sudah bertudung sejak tahun lalu ini pernah berkenalan dengan beberapa lelaki termasuk yang jauh lebih muda daripadanya, namun terkandas apabila si anak tidak merestui.
Bagi Mas Idayu jika ingin mencari pasangan baharu, ia mesti mendapat restu daripada anaknya, yang diberi penuh kasih sayang dan pendidikan tinggi.
Ketika menjadi salah seorang juri bagi pertandingan D’ Academy Dangdut Asia di stesen TV, Indosiar, Jakarta dari 2005-2009, Mas Idayu sering membawa Nur Dayini ke Jakarta.
Mas Idayu berkahwin secara ‘rahsia’ dengan pelakon Aman Graseka (Raja Aman Shah Raja Baharom Shah), 54, pada tahun 1997 dan bercerai pada 2006. Aman Graseka pun sudah berkahwin baru sejak 2008.
Setelah Aman Graseka sudah mendapat bahagia baharu, kini tiba giliran Mas Idayu untuk mencari bahagia baharu hingga ke akhir hayat.
Menurut Mas Idayu jika segalanya berjalan lancar dia akan menamatkan alam janda pada tahun 2022 ini. - KitaReporters