PELAKON Tasha Shilla pernah dilabel antara artis-artis berimej seksi apatah lagi beliau sendiri akui seksi itu adalah dirinya. Namun kini setelah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari lalu, Tasha dilihat berpenampilan sopan. - KitaReporters


Malah pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, ini sering dilihat memuat naik gambar bersama suami tercinta dan jika pengikutnya yang berjumlah 1.2 juta itu perasan, Tasha sudah tidak muat naik lagi gambar-gambar beliau berpakaian seksi.

Sebelum berkahwin, Tasha dilihat suka berpakaian baju ‘off shoulder’ yang menampakkan bahagian bahu, namun setelah bergelar isteri penampilannya nampak berubah dan lebih sopan.

Tasha Shila tampil seksi satu ketika dulu. - Foto Kredit: stail.my

“Setiap manusia sentiasa cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga saya,” lapor Tasha melalui sebuah portal hiburan.

Menurutnya, biar pun suaminya, Atiq, 33, tidak meletakkan syarat dalam  berpakaian, namun sebagai seorang manusia dan isteri, beliau cuba untuk berunah menjadi lebih baik. 

Barangkali juga keputusan itu dilakukan ekoran mematuhi nasihat suaminya yang pernah berkata beliau tidak menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon asalkan menjaga adab dan solat, sewaktu diwawancara selesai majlis akad nikah mereka ketika itu.

“Suami faham saya sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri. 

"Sebelum kahwin, saya hanya fikirkan diri sendiri dan keluarga sahaja tetapi sekarang dah bersuami perlulah  fikirkan tentang makan pakainya,” jelas pelakon drama  ‘Kamar Kamariah’ yang kini diulang tayang di saluran TV3 jam 2 petang. 

Dalam drama berkenaan, Tasha memegang watak 'Sally' yang menjaga pusat hiburan dan gadis-gadis GRO, dengan penampilan gaya seksi.

Mengakui kehidupannya banyak berubah selepas berkahwin, Tasha lebih banyak berkongsi gambar bersama suami.

“Kami banyak melakukan aktiviti bersama, semuanya bersama,” jelas Tasha yang tidak ketinggalan berhijab pada bulan Ramadan lalu.


Kredit foto: Instagram @tashashilla


Terbaharu, beliau memuat naik gambar yang memperlihatkan Atiq turut menemaninya ke sebuah klinik kecantikan untuk rawatan kulit malah sering juga dilihat berpakaian warna sedondon.

Sudah tentu kebahagian pasangan romantis ini akan lebih berbahagia jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat kan?

Berkenaan zuriat, Tasha menyerahkannya kepada ketentuan Allah, namun sudah bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa apabila dikurniakan rezeki itu.

“Saya harap peminat doakan agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin,” ujarnya.

Tasha dan Atiq membina mahligai bahagia pada 28 Februari 2020 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan pada sebuah acara amal di masjid yang sama, seterusnya mengikat tali pertunangan pada 23 Februari.

Nasib baiklah juga mereka mengambil keputusan untuk bernikah Februari ya tak iaitu sebelum COVID-19 mengganas sebulan kemudian.

Itulah perancangan dan aturan terbaik dari Allah! - KitaReporters

4
2
0
0
0

Copy Link: