Video| Terbaiklah! Siti Nurhaliza terkejut! Wajahnya pula di papan iklan Times Square New York!

Published by
KitaReporters

Siti Nurhaliza bersyukur dengan khabar gembira yang diterimanya hari ini (18 Mei 2022), wajahnya terpampang pada iklan digital di Tmes Square, New York, Amerika Syarikat.


TERKEJUT penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila mendapat tahu wajahnya kini menghiasi papan iklan digital Times Square di New York, Amerika Syarikat hari ini (18 Mei 2022). 

Sebelum ini antara wajah artis Malaysia yang pernah terpampang di kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ialah Yuna (lebih dari sekali), Layla Sania, Dolla, Iman Troye dan Vanessa Reynauld.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Times Square New York


Siti yang melahirkan rasa gembira dengan berita tersebut telah berkongsi dengan peminatnya dala Instagramnya hari ini (18 Mei).

Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan pada papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat. 

“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify,” katanya. 



Tambah Siti, Equal adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia

 “Terdapat 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura,” jelasnya. 

Ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza di atas perkhabaran gembira itu. - KitaReporters


12
10
0
11
0

Copy Link: